Monday, March 30, 2020

PEMBENTUKAN KONTRAK- ELEMEN UTAMA KONTRAK

Untuk mewujudkan satu kontrak di sisi undang-undang, kontrak ini memerlukan beberapa elemen penting. Ketiadaan kesemua atau mana-mana satu daripada elemen-elemen ini akan mengakibatkan sesuatu kontrak itu tidak dapat dikuatkuasakan menurut undang-undang secara amnya dan Akta Kontrak 1950 seccara khususnya. Elemen-elemen yang membentuk kontrak adalah :
i. cadangan
ii. penerimaan
iii. balasan
iv. niat mewujudkan hubungan di sisi undang-undang
v. keupayaan
vi. keesahan kontrak / tujuan yang sah
vii. kerelaan bebas
v. ketentuan


CADANGAN

Definisi

Menurut seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950 :

Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada orang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu , maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.

Jika diteliti, seksyen 2(a) menggunakan istilah 'cadangan' yang juga boleh dirujuk sebagai tawaran. Daripada seksyen 2(a) ini bolehlah disimpulkan bahawa cadangan bermaksud satu akujanji oleh satu pihak kepada pihak yang lain bahawa dia akan melakukan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu jika pihak lain itu bersedia menerima atau mematuhi sepenuhnya segala syarat yang disebutkan oleh pihak yang membuat janji itu. Pihak yang membuat cadangan adalah disebut sebagai 'pembuat janji' manakala pihak yang menerima cadangan adalah disebut sebagai penerima janji. Dari segi bahasa, boleh disimpulkan bahwa pembuat janji adalah juga dirujuk sebagai pencadang, manakala penerima janji adalah merupakan penerima cadangan ke atas cadangan yang ditujukan kepadanya. Menurut kes Preston Corp Sdn Bhd  Edward Leong & Ors , plaintif telah memohon untuk menjadi ahli kelab Golf Bukit Jambul di Pulau Pinang. Beliau telah menghantar borang permohonan yang mengandungi perakuan, yang antara lainnya memberi kuasa kepada defendan untuk mengenakan bayaran tambahan yang diperlukan. Defendan telah mengenakan yuran yang dikatakan sebagai yuran pembangunan yang perlu dibayar oleh setiap ahlinya. Plaintif tidak bersetuju dengan yuran ini dan mencabar kuasa yang ada pada Defendan. Isu yang diketengahkan di sini adalah sama ada Defendan berhak terhadap kuasa mengenakan dan mengutip yuran berkenaan.

2.2.2b Pelawaan Cadangan (Invitation to treat)
Suatu cadangan juga perlulah dibezakan daripada pelawaan cadangan. Pelawaan cadangan merupakan langkah pertama di dalam rundingan yang dibuat di antara dua pihak. yang mungkin akan berkesudahan dengan satu cadangan yang seterusnya menjurus kepada kontrak ataupun sebaliknya rundingan tersebut hanya berakhir setakat rundingan sahaja. Oleh itu pada peringkat awal, perbincangan di antara kedua-dua pihak hanyalah merupakan satu penyataan bahawa seseorang itu berkehendak untuk melakukan perundingan tetapi belum lagi menunjukkan kesediaannya untuk terikat di sisi undang-undang.

2.2.3 Kaedah Cadangan
Sesuatu cadangan boleh berbentuk cadangan nyata atau cadangan tersirat. Cadangan nyata adalah satu cadangan yang dibuat secara khusus atau nyata sama ada ia dibuat denngan cara bertulis atau lisan. Cadangan tersirat pula adalah satu cadangan yang disiratkan ada atau dianggap wujud berdasarkan kelakuan , gerak geri dan kata-kata seseorang itu. Selain itu cadangan tersirat juga boleh disimpulkan berlaku melalui pelbagai metod dan cara kecuali yang mengandungi ciri-ciri bertulis dan lisan.
Suatu kontrak juga tidak akan wujud jika suatu cadangan yang dibuat adalah selari atau bersilang dengan suatu penerimaan. Cadangan bersilang ialah bilamana seseorang membuat cadangan untuk menjual kepada seseorang yang lain secara bersurat atau melalui pihak ketiga dan pada waktu yang sama seseorang yang lain itu pula telah membuat cadangan membeli kepada pihak yang satu lagi. Oleh itu, suatu cadangan bersilang tidak menjadikan cadangan tersebut sah disebabkan kedua dua pihak membuat satu cadangan yang serupa tanpa pengetahuan phak yang satu lagi. Tambahan pula kedua dua cadangan tersebut tidak sampai kepada pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat. Dalam kes Taylor  Laird, plaintif yang merupakan seorang nakhoda kapal Defendan telah memberikan khidmat mengemudikan pulang kapal defendan walaupun pada ketika itu plaintif telah pun meletakkan jawatannya. Plaintiff telah tidak menyebut cadangannya untuk menyambung perkhidmatannya kepada defendan. Defendan seterusnya enggan membayar perkhidmatan plaintif selepas tarikh penamatan perkhidmatannya. Mahkamah telah memutuskan bahawa satu kontrak yang sah belum wujud di antara mereka kerana plaintif tidak mengkomunikasikan cadangannya untuk menyambung semula khidmatnya kepada defendan. Oleh itu tuntutan plaintif telah ditolak oleh mahkamah . Rajah di bawah merumuskan prinsip-prinsip penting cadangan yang telah dibincangkan.

Prinsip-prinsip penting cadangan :
- Cadangan perlu dikomunikasikan
-Cadangan boleh ditujukan secara umum atau khusus
-Cadangan boleh berbentuk cadangan nyata / tersirat
-Cadangan mestilah dibezakan dengan komunikasi permulaan atau pelawaan cadangan.

Pembatalan cadangan :
- Apabila pencadang  membatalkan cadangan
-Apabila luputnya waktu untuk penerimaan
-Penerima melanggar syarat penerimaan
-Kematian atau sakit otak pencadang


2.3 PENERIMAAN (ACCEPTANCE)

Definisi
Suatu cadangan adalah berkehendak kepada suatu penerimaan untuk menjadikan ianya satu kontrak. Cadangan yang tidak diterima tidak akan mewujudkan satu perjanjian. Hanya apabila suatu cadangan itu telah dipersetujui dan diterima, barulah kedua-dua elemen ini dapat membantu membentuk satu kontrak yang sah di sisi undang undang dan mengikat kedua dua pihak. Menurut Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950 :

Apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima, sesuatu cadangan bila diterima, adalah menjadi janji.

Oleh itu penerimaan boleh diertikan sebagai tanda kesediaan seseorang yang telah menerima cadangan untuk menjalin suatu hubungan kontrak dengan pihak yang membuat cadangan.
Penerimaan adalah berbeza dari satu cadangan balas. Cadangan balas merupakan satu penolakan yang dibuat oleh penerima terhadap satu cadangan asal yang dibuat oleh pencadang. Jika penerima mengubah sebarang syarat yang terdapat dalam cadangan asal, maka penerima telah mewujudkan satu cadangan balas kepada pencadang . Menurut kes Hyde v Wrench, apabila defendan enawarkan untuk menjual ladangnya kepada plaintif dengna harga $1000 ini merupakan satu cadangan kepada plaintif. Namun apabila plaintif meletakkan harga $950, plaintif tidak membuat penerimaan kepada cadangan balas kepada defendan tetapi plaintif telah membuat satu cadangan balas kepada defendan iaitu untuk membeli ladang dengan harga $950. apabila defendan menolak, mahkamah memutuskan tidak wujud kontrak di antara kedua dua pihak kerana tidak wujud penerimaan kepada cadangan plaintif tersebut.

Apabila telah wujud satu cadangan, jika penerima meminta sesuatu keterangan mengenai cadangan tersebut sebelum penerimaan yang mutlak dibuat, permohonan untuk keterangan ini bukanlah satu penerimaan dan bukan juga merupakan satu penolakan terhadap cadangan. Ia adalah suatu permohonan untuk keterangan yang belum membentuk sebarang kontrak yang mengikat kedua dua pihak. Walau bagaimanapun , ia hanya akan membentuk satu penerimaan jika permohonan untuk keterangan tersebut dijawa oleh pencadang dan penerima seterusnya menerima keterangan tersebut.

Dalam kes Jones v Daniel , plantif telah membuat cadangan untuk membeli harta defendan dengan harga $1,450. Defendan menerima cadangan tersebut dan telah mengirimkan satu perjanjian untuk ditandatangani oleh plaintif. Perjanjian tersebut menyatakan beberapa syarat terperinci mengenai jualan seperti deposit, tarikh penyempurnaan jualan dan sebagainya. Romer H telah memutuskan bahawa ;

 ...tidak wujud penerimaan oleh defendan disebabkan penerimaan itu tidak mutlak dan bergantung kepada perjanjian yang disediakan oleh defendan. Semata-mata rujukan ke atas dokumen yang dilampirkan tidak menunjukkan kesediaan defendan untuk berkontrak.

Prinsip ini juga diterima pakai dalam kes Tan Geok Khoon & Gerard Francis Robless v Paya Terubong Estate Sdn Bhd yang telah dibincangkan sebelum ini di mana mahkamah telah memutuskan bahawa defendan telah menolak cadangan asal plaintif untuk membeli beberapa lot tanahnya dengan meletak RM 6,000.00 sebagai deposit sebaliknya ,defendan telah membuat satu cadangan balas dengan meminta pembeli menjelaskan harga keseluruhan tanah tersebut dalam masa 14 hari, kegagalan itu memberi hak kepada mereka untuk membatalkan jualan.

Penerimaan yang tertakluk kepada kontrak merujuk kepada keadaan di mana seteleah cadangan , penerimaan cadangan itu adalah bergantung dan tertakluk kepada syarat syarat dan kontrak yang akan disedia dan ditandatangani kemudiannya. Mahkamah telah mengambil beberapa pendekatan mengenai isu ini di mana secara amnya penerimaan begini hanyalah membentuk satu kontrak yang tidak mutlak terhadap cadangan. Dalam kes Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Sdn Bhd v YC Chin Enterprises Sdn Bhd, mahkamah membuat tafsiran bahawa perjanjian yang menyatakan ''tertakluk kepada kontrak''  menunjukkan bahawa kedua dua pihak yang berkontrak  belum lagi mencapai kata putus dan ini tidak mewujudkan satu penerimaan yang mutlak , sebaliknya tertakluk kepada syarat kontrak tertentu. Oleh itu tidak wujud satu kontrak yang mengikat kedua dua pihak.

Begitu juga dengan kes Low Kar Yit & Ors v Mohd Isa & Anor , defendan telah memberi opsyen kepada ejen plaintif untuk membeli sebidang tanah tetapi tertakluk kepada satu kontrak formal yang akan disediakan dan dipersetujui oleh kedua dua pihak.  Ejen plaintif telah menguatkuasakan opsyen tersebut tetapi defendan enggan menandatangani perjanjian jual beli tersebut. Plaintif kemudiannya menuntut pelaksanaan spesifik dan ganti rugi atas kemungkiran kontrak oleh defendan. Mahkamah memutuskan bahawa tidak wujud kontrak yang mengikat antara kedua dua pihak . Setelah meneliti dokumen opsyen itu, Gill H menyatakan bahawa :

 ...opsyen tersebut adalah tertakluk kepada syarat bahawa satu kontrak formal akan disediakan dan dipersetujui oleh kedua dua pihak. Oleh itu penguatkuasaan opsyen ini tidak memberi sebarang makna melainkan merupakan suatu persetujuan untuk membuat perjanjian yang mana ia tidak memberi kesan di sisi undang undang.

Walaubagaimanapun, penerimaan tertakluk kepada kontrak ini dalam beberapa kes telah ditafsirkan oleh mahkamah berkecenderungan untuk mewujudkan kontrak antara kedua dua pihak. Isu yang timbul adalah sama ada perkataan tertakluk kepada kontrak adakah memberi maksud bahawa persetujuan antara kedua dua pihak adalah tertakluk kepada kontrak yang akan disediakan kemudiannya ataupun segala persetujuan yang telah dicapai akan dimuatkan dalam perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua dua pihak. Oleh itu pendekatan yang diambil oleh mahkamah dalam menentukan isu ini adalah dengan meneliti fakta kes secara keseluruhan dan melihat segala apa yang berlaku semasa perundingan kedua dua pihak  untuk menentukan sama ada ia menunjukkan hasrat kedua dua pihak tertakluk kepada kontrak yang formal kemudiannya ataupun persetujuan yang dicapai dalam perundingan itu akan terkandung dalam satu kontrak formal kemudiannya.


✿Done writing~ thanks for reading✿

Wednesday, July 12, 2017

PASARAN KEWANGAN ISLAM

Pasaran kewangan terbahagi kepada empat komponen iaitu pasaran wang, pasaran modal, pasaran hadapan dan pasaran gadai janji.

Apa Itu Pelaburan?
- Pelaburan dikenali sebagai sebagai istithmar, ia merupakan aktiviti yang digalakkan oleh Islam kerana ia adalah nadi kepada kemajuan umat Islam.
- Perletakan modal untuk digunakan membiayai projek / aktiviti perdagangan
- Pelabur berkongsi keuntungan dan kerugian bersama
- Aktiviti pengembangan harta / pengembelingan wang secara produktif
- Melibatkan unit lebihan dan unit kurangan dalam masyarakat. 


Prinsip Pelaburan Islam
- Tidak melabur dalam aktiviti perniagaan yang diharamkan oleh syarak 
  [perjudian , pelacuran, arak]

- Tiada jaminan keuntungan
 [jaminan untung atas modal]
 [peratusan untung daripada keuntungan sebenar]

- Tidak wujud unsur gharar [tidak pasti] / perjudian
- Tiada unsur paksaan
- Tidak terlibat dalam riba



Apakah Sekuriti Lulus Syariah?
- Sekuriti yang diperakui oleh Majlis Pengawasan Syariah [MPS] Suruhanjaya Sekuriti sebagai sekuriti yang menepati prinsip syariah dan dikategorikan halal dari sudut syarak untuk dilanggani
- Melalui proses penurasan [screening] 
- Diperkenalkan Mei 1996



Badan Penting

a) SECURITY COMMISSION [SURUHANJAYA SEKURITI] 
- pengawal perkembangan pasaran modal

b) UPMI [UNIT PASARAN MODAL ISLAM]
- ditubuhkan pada 1995
- Pegawai berpendidikan syariah + kewangan moden di SC
- Menyelidik bidang fiqh muamalat dan kewangan
- Membantu  MPS

c) MPS [MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH]
- Mei 1996
- Pakar - Pakar Syariah + Pengamal Industri
- Tempat rujukan isu syariah dalam pelaburan
- Memastikan pelaburan mengikut syariah



Syarikat Bercampur?
- Kegiatan utama halal, unsur haram amat kecil'
- Imej syarikat baik, bersih - dari sudut kewangan
-Aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahan, melibatkan perkara umum balwa dan urf [amalan kebiasaan]



Kadar percampuran yang dibenarkan 
 1. Tanda aras 2% [ still boleh pohon SC] 
   - aktiviti yang jelas haram - riba , judi, minuman keras

2. Tanda aras 10%
  - aktiviti yang melibatkan unsur umum balwa - faedah dari simpanan tetap
  - tembakau

3. Tanda aras 25%
 - aktiviti yang ada maslahah tapi terlibat dengan aktiviti yang dilarang - perhotelan, pusat peranginan



Kepentingan Sekuriti Lulus Syariah
- membantu pelabur Islam mengenalpasti sekuriti halal 
- meningkatkan keyakinan pelaburan Islam 
- memudahcara perkembangan institusi pelaburan / kewangan Islam
- Pembentukan indeks syariah



Pasaran Wang
- Menjalankan urusniaga penjualan dan pembelian hutang yang berjangka pendek.
- Jangka Pendek : merujuk jangka masa kurang daripada setahun [12 bulan] 
- Instrumen kewangan di pasaran ini mempunyai tiga ciri utama iaitu: 
   i. risiko tidak upaya membayar yang rendah
  ii. tempoh matang yang singkat
  iii. mudah dipasarkan

- Di pasaran wang konvensional, instrumen kewangan yang digagangkan terdiri daripada bil-bil perbendaharaan [treasury bills] , sijil deposit boleh niaga [negotiable certificate of deposits], penerimaan jurubank [banker's  acceptance]  dan perjanjian belian - semula [repurchase agreements].
- Instrumen kewangan untuk pasaran wang Islam masih belum berkembang dengan meluas di negara-negara Islam.
- Walaubagaimanapun Malaysia dan kemudiannya diikuti oleh Indonesia telah mula merintis jalan dengan menyediakan instrumen kewangan berlandaskan prinsip syariah untuk diniagakan di pasaran wang. 



Pasaran Wang Islam
- Pasaran Wang Islam merujuk kepada pasaran di mana aktibiti-aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah
-aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan termasuk pengeluaran arak, perjudian, pronografi, riba dan lain-lain. Inilah yang membezakan pasaran wang Islam dan konvensional.
- pasaran wang Islam adalah penting sebagai medium sektor perbankan Islam dalam mendapatkan pembiayaan dan  menyesuaikan portfolio dalam tempoh jangka pendek serta berfungsi  sebagai saluran untuk penghantaran dasar kewangan 
- instrumen kewangan dan pelaburan antara bank akan membolehkan bank yang mempunyai lebihan dana menyalurkan dana kepada bank defisit, sekali gus mengekalkan pembiayaan dan mekanisme kecairan yang diperlukan untuk menggalakkan kestabilan dalam sistem kewangan dan ekonomi
- pada 3 Januari 1994, BNM telah memperkenalkan Pasaran Wang Antara Bank Islam [Interbank Islamic Money Market] / singkatannya IIMM sebagai perantara untuk menyediakan sumber pelaburan jangka pendek berdasarkan prinsip Syariah kepada sektor perbankan Islam
- IIMM terdiri daripada tiga komponen iaitu : 
i. instrumen kewangan Islam untu dagangan antara bank
ii. pelaburan Islam antara bank
iii. sistem penjelasan cek Islam antara bank

- pada tahun 1999 sistem penjelasan cek Islan antara bank tidak lagi dianggap sebagai komponen pasaran wang Islam antara bank
- kini pasaran wang Islam antara bank terdiri daripada 2 komponen sahaja, iaitu dagangan antara bank dan pelaburan mudharabah antara bank
- instrumen yang diperkenalkan di bawah Islamic Inter Bank Money Market adalah seperti berikut ; 
   i. Mudharabah Interbank Investment [MII]
  ii. Wadiah acceptance
  iii. Gov Investment Issu [GII]
  iv. Bank Negara Monetary Notes-I [BNMN-i]
  v. Sell and Buy Back Agreement [SBBA]
  vi. Sukuk BNM Ijarah
  vii. Ar-Rahnu Agreement - i



Pasaran Modal
- pasaran modal ialah pasaran yang urus niaganya melibatkan instrumen kewangan yang tempoh matangnya lebih satu tahun
- tujuan utama pasaran ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan dana yang mampu disimpan kepada kaedah pelaburan jangka panjang yang produktif. 

Pasaran Modal Islam
- pasaran modal Islam [PMI] - menjalankan aktiviti seperti pasaran modal konvensional tetapi berasaskan prinsip syariah
- PMI memainkan peranan penting dalam menggerakkan dana modal Islam yang terdapat dalam pasaran 
- dana-dana tersebut diperolehi daripada institusi-institusi ekonomi Islam seperti Tabung Haji, rangkaian sistem Perbankan Islam, Takaful Islam, Pajak Gadai Islam , Unit dana Islam dan beberapa syarikat-syarikat perniagaan Islam dan orang persorangan yang memiliki lebihan modal untuk dilaburkan melalui pelaburan secara Islam.




Ciri-Ciri Etika Islam tentang Hak & Tanggungjawab Pihak Yang Terlibat Dalam Sesebuah Pasaran
- kebebasan untuk berkontrak
  i. saling meredai antara satu sama lain
  ii. tiada unsur paksaan

- bebas dari unsur riba
- bebas dari unsur gharar
- bebas dari unsur spekulasi
-bebas untuk berniaga pada harga yang adil dan saksama
- hak untuk mendapatkan maklumat yang sama, tepat dan mencukupi
- keutamaan untuk menjaga kepentingan awam



Elemen dan aktiviti dalam pasaran modal konvensional yang menyalahi ajaran Islam 
- kewujudan instrumen yang menjalankan pulangan tetap / riba
-aktiviti spekulasi
- aktiviti jualan singkat
-pedagangan orang dalam [ insider trading]
-dagangan secara margin



Perkembangan Pasaran Modal Islam Di Malaysia
- masih di peringkat awal
- sokongan kerajaan merupakan faktor utama yang mempercepatkan proses pertumbuhan dan perkembangan pasaran modal Islam di Malaysia
- Sambutan yang menggalakkan daripada peserta pasaran iaitu pelabur, perantara kewangan serta syarikat yang memerlukan pembiayaan berdasarkan prinsip Islam 
- Suruhanjaya Sekuriti [SC] yang ditubuhkan pada tahun 1993 merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangun dan memantau perkembangan PMI

Kaedah Operasi Pasaran Modal Islam
-kaedah operasi PMI adalah seperti operasi sistem konvensional, iaitu melalui pembiayaan hutang dan juga pelaburan [ekuiti] 
-kedua-dua kaedah ini dilaksanakan mengikut garis panduan akad dan perjanjian yang digariskan oleh Islam
- 3 institusi utama yang terlibat ialah institusi perbankan, sekuriti hutang dan sekuriti ekuiti [ saham]

[i] Pasaran Modal berdasarkan Pembiayaan Hutang [debt financing]
 -merupakan sektor pasaran modal Islam yang paling pesat dimajukan di negara ini. 
- pada masa ini sebahagian besar daripada instrumen yang digunakan dalam PMI adalah berdasarkan kaedah pembiayaan berhutang.
- antara instrumen yang digunakan ialah Bon al- Bai' Bithaman Ajil dan al-Istisna', sukuk al- Ijarah, Sijil Pelaburan KErajaan Malaysia dan Bil Penerimaan Islam. 


[ii] Pasaran Modal Berdasarkan Pembiayaan Pelaburan [Ekuiti]
- nota dan sijil al-Musyarakah
- Bon Musyarakah
- Pembiayaan al- Iajarah melalui terbitan Nota al- Musyarakah
- Bon al- Mudharabah

Instrumen Konvensional Yg Diluluskan Oleh MPS
terdapat juga instrumen konvensional yang sedang berjalan dan mendapat kelulusan dari MPS seperti; 
- hak langganan boleh pindah / waran
-waran panggilan
-kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah [CPO futures Contract]
- bon berkupon sifar khazanah


Panduan Asas Pasaran Modal Islam
- larangan al-tanajusy
-kegiatan  yang mempunyai unsur al- gharar
-larangan kegiatan  tadlis al-'aib
-larangan kegiatan al-ghalat
- larangan riba
- larangan kegiatan al-maisir






✿Done writing~ thanks for reading✿