Untuk mewujudkan satu kontrak di sisi undang-undang, kontrak ini memerlukan beberapa elemen penting. Ketiadaan kesemua atau mana-mana satu daripada elemen-elemen ini akan mengakibatkan sesuatu kontrak itu tidak dapat dikuatkuasakan menurut undang-undang secara amnya dan Akta Kontrak 1950 seccara khususnya. Elemen-elemen yang membentuk kontrak adalah :
i. cadangan
ii. penerimaan
iii. balasan
iv. niat mewujudkan hubungan di sisi undang-undang
v. keupayaan
vi. keesahan kontrak / tujuan yang sah
vii. kerelaan bebas
v. ketentuan
CADANGAN
Definisi
Menurut seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950 :
Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada orang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu , maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.
Jika diteliti, seksyen 2(a) menggunakan istilah 'cadangan' yang juga boleh dirujuk sebagai tawaran. Daripada seksyen 2(a) ini bolehlah disimpulkan bahawa cadangan bermaksud satu akujanji oleh satu pihak kepada pihak yang lain bahawa dia akan melakukan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu jika pihak lain itu bersedia menerima atau mematuhi sepenuhnya segala syarat yang disebutkan oleh pihak yang membuat janji itu. Pihak yang membuat cadangan adalah disebut sebagai 'pembuat janji' manakala pihak yang menerima cadangan adalah disebut sebagai penerima janji. Dari segi bahasa, boleh disimpulkan bahwa pembuat janji adalah juga dirujuk sebagai pencadang, manakala penerima janji adalah merupakan penerima cadangan ke atas cadangan yang ditujukan kepadanya. Menurut kes Preston Corp Sdn Bhd Edward Leong & Ors , plaintif telah memohon untuk menjadi ahli kelab Golf Bukit Jambul di Pulau Pinang. Beliau telah menghantar borang permohonan yang mengandungi perakuan, yang antara lainnya memberi kuasa kepada defendan untuk mengenakan bayaran tambahan yang diperlukan. Defendan telah mengenakan yuran yang dikatakan sebagai yuran pembangunan yang perlu dibayar oleh setiap ahlinya. Plaintif tidak bersetuju dengan yuran ini dan mencabar kuasa yang ada pada Defendan. Isu yang diketengahkan di sini adalah sama ada Defendan berhak terhadap kuasa mengenakan dan mengutip yuran berkenaan.
2.2.2b Pelawaan Cadangan (Invitation to treat)
Suatu cadangan juga perlulah dibezakan daripada pelawaan cadangan. Pelawaan cadangan merupakan langkah pertama di dalam rundingan yang dibuat di antara dua pihak. yang mungkin akan berkesudahan dengan satu cadangan yang seterusnya menjurus kepada kontrak ataupun sebaliknya rundingan tersebut hanya berakhir setakat rundingan sahaja. Oleh itu pada peringkat awal, perbincangan di antara kedua-dua pihak hanyalah merupakan satu penyataan bahawa seseorang itu berkehendak untuk melakukan perundingan tetapi belum lagi menunjukkan kesediaannya untuk terikat di sisi undang-undang.
2.2.3 Kaedah Cadangan
Sesuatu cadangan boleh berbentuk cadangan nyata atau cadangan tersirat. Cadangan nyata adalah satu cadangan yang dibuat secara khusus atau nyata sama ada ia dibuat denngan cara bertulis atau lisan. Cadangan tersirat pula adalah satu cadangan yang disiratkan ada atau dianggap wujud berdasarkan kelakuan , gerak geri dan kata-kata seseorang itu. Selain itu cadangan tersirat juga boleh disimpulkan berlaku melalui pelbagai metod dan cara kecuali yang mengandungi ciri-ciri bertulis dan lisan.
Suatu kontrak juga tidak akan wujud jika suatu cadangan yang dibuat adalah selari atau bersilang dengan suatu penerimaan. Cadangan bersilang ialah bilamana seseorang membuat cadangan untuk menjual kepada seseorang yang lain secara bersurat atau melalui pihak ketiga dan pada waktu yang sama seseorang yang lain itu pula telah membuat cadangan membeli kepada pihak yang satu lagi. Oleh itu, suatu cadangan bersilang tidak menjadikan cadangan tersebut sah disebabkan kedua dua pihak membuat satu cadangan yang serupa tanpa pengetahuan phak yang satu lagi. Tambahan pula kedua dua cadangan tersebut tidak sampai kepada pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat. Dalam kes Taylor Laird, plaintif yang merupakan seorang nakhoda kapal Defendan telah memberikan khidmat mengemudikan pulang kapal defendan walaupun pada ketika itu plaintif telah pun meletakkan jawatannya. Plaintiff telah tidak menyebut cadangannya untuk menyambung perkhidmatannya kepada defendan. Defendan seterusnya enggan membayar perkhidmatan plaintif selepas tarikh penamatan perkhidmatannya. Mahkamah telah memutuskan bahawa satu kontrak yang sah belum wujud di antara mereka kerana plaintif tidak mengkomunikasikan cadangannya untuk menyambung semula khidmatnya kepada defendan. Oleh itu tuntutan plaintif telah ditolak oleh mahkamah . Rajah di bawah merumuskan prinsip-prinsip penting cadangan yang telah dibincangkan.
Prinsip-prinsip penting cadangan :
- Cadangan perlu dikomunikasikan
-Cadangan boleh ditujukan secara umum atau khusus
-Cadangan boleh berbentuk cadangan nyata / tersirat
-Cadangan mestilah dibezakan dengan komunikasi permulaan atau pelawaan cadangan.
Pembatalan cadangan :
- Apabila pencadang membatalkan cadangan
-Apabila luputnya waktu untuk penerimaan
-Penerima melanggar syarat penerimaan
-Kematian atau sakit otak pencadang
2.3 PENERIMAAN (ACCEPTANCE)
Definisi
Suatu cadangan adalah berkehendak kepada suatu penerimaan untuk menjadikan ianya satu kontrak. Cadangan yang tidak diterima tidak akan mewujudkan satu perjanjian. Hanya apabila suatu cadangan itu telah dipersetujui dan diterima, barulah kedua-dua elemen ini dapat membantu membentuk satu kontrak yang sah di sisi undang undang dan mengikat kedua dua pihak. Menurut Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950 :
Apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima, sesuatu cadangan bila diterima, adalah menjadi janji.
Oleh itu penerimaan boleh diertikan sebagai tanda kesediaan seseorang yang telah menerima cadangan untuk menjalin suatu hubungan kontrak dengan pihak yang membuat cadangan.
Penerimaan adalah berbeza dari satu cadangan balas. Cadangan balas merupakan satu penolakan yang dibuat oleh penerima terhadap satu cadangan asal yang dibuat oleh pencadang. Jika penerima mengubah sebarang syarat yang terdapat dalam cadangan asal, maka penerima telah mewujudkan satu cadangan balas kepada pencadang . Menurut kes Hyde v Wrench, apabila defendan enawarkan untuk menjual ladangnya kepada plaintif dengna harga $1000 ini merupakan satu cadangan kepada plaintif. Namun apabila plaintif meletakkan harga $950, plaintif tidak membuat penerimaan kepada cadangan balas kepada defendan tetapi plaintif telah membuat satu cadangan balas kepada defendan iaitu untuk membeli ladang dengan harga $950. apabila defendan menolak, mahkamah memutuskan tidak wujud kontrak di antara kedua dua pihak kerana tidak wujud penerimaan kepada cadangan plaintif tersebut.
Apabila telah wujud satu cadangan, jika penerima meminta sesuatu keterangan mengenai cadangan tersebut sebelum penerimaan yang mutlak dibuat, permohonan untuk keterangan ini bukanlah satu penerimaan dan bukan juga merupakan satu penolakan terhadap cadangan. Ia adalah suatu permohonan untuk keterangan yang belum membentuk sebarang kontrak yang mengikat kedua dua pihak. Walau bagaimanapun , ia hanya akan membentuk satu penerimaan jika permohonan untuk keterangan tersebut dijawa oleh pencadang dan penerima seterusnya menerima keterangan tersebut.
Dalam kes Jones v Daniel , plantif telah membuat cadangan untuk membeli harta defendan dengan harga $1,450. Defendan menerima cadangan tersebut dan telah mengirimkan satu perjanjian untuk ditandatangani oleh plaintif. Perjanjian tersebut menyatakan beberapa syarat terperinci mengenai jualan seperti deposit, tarikh penyempurnaan jualan dan sebagainya. Romer H telah memutuskan bahawa ;
...tidak wujud penerimaan oleh defendan disebabkan penerimaan itu tidak mutlak dan bergantung kepada perjanjian yang disediakan oleh defendan. Semata-mata rujukan ke atas dokumen yang dilampirkan tidak menunjukkan kesediaan defendan untuk berkontrak.
Prinsip ini juga diterima pakai dalam kes Tan Geok Khoon & Gerard Francis Robless v Paya Terubong Estate Sdn Bhd yang telah dibincangkan sebelum ini di mana mahkamah telah memutuskan bahawa defendan telah menolak cadangan asal plaintif untuk membeli beberapa lot tanahnya dengan meletak RM 6,000.00 sebagai deposit sebaliknya ,defendan telah membuat satu cadangan balas dengan meminta pembeli menjelaskan harga keseluruhan tanah tersebut dalam masa 14 hari, kegagalan itu memberi hak kepada mereka untuk membatalkan jualan.
Penerimaan yang tertakluk kepada kontrak merujuk kepada keadaan di mana seteleah cadangan , penerimaan cadangan itu adalah bergantung dan tertakluk kepada syarat syarat dan kontrak yang akan disedia dan ditandatangani kemudiannya. Mahkamah telah mengambil beberapa pendekatan mengenai isu ini di mana secara amnya penerimaan begini hanyalah membentuk satu kontrak yang tidak mutlak terhadap cadangan. Dalam kes Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Sdn Bhd v YC Chin Enterprises Sdn Bhd, mahkamah membuat tafsiran bahawa perjanjian yang menyatakan ''tertakluk kepada kontrak'' menunjukkan bahawa kedua dua pihak yang berkontrak belum lagi mencapai kata putus dan ini tidak mewujudkan satu penerimaan yang mutlak , sebaliknya tertakluk kepada syarat kontrak tertentu. Oleh itu tidak wujud satu kontrak yang mengikat kedua dua pihak.
Begitu juga dengan kes Low Kar Yit & Ors v Mohd Isa & Anor , defendan telah memberi opsyen kepada ejen plaintif untuk membeli sebidang tanah tetapi tertakluk kepada satu kontrak formal yang akan disediakan dan dipersetujui oleh kedua dua pihak. Ejen plaintif telah menguatkuasakan opsyen tersebut tetapi defendan enggan menandatangani perjanjian jual beli tersebut. Plaintif kemudiannya menuntut pelaksanaan spesifik dan ganti rugi atas kemungkiran kontrak oleh defendan. Mahkamah memutuskan bahawa tidak wujud kontrak yang mengikat antara kedua dua pihak . Setelah meneliti dokumen opsyen itu, Gill H menyatakan bahawa :
...opsyen tersebut adalah tertakluk kepada syarat bahawa satu kontrak formal akan disediakan dan dipersetujui oleh kedua dua pihak. Oleh itu penguatkuasaan opsyen ini tidak memberi sebarang makna melainkan merupakan suatu persetujuan untuk membuat perjanjian yang mana ia tidak memberi kesan di sisi undang undang.
Walaubagaimanapun, penerimaan tertakluk kepada kontrak ini dalam beberapa kes telah ditafsirkan oleh mahkamah berkecenderungan untuk mewujudkan kontrak antara kedua dua pihak. Isu yang timbul adalah sama ada perkataan tertakluk kepada kontrak adakah memberi maksud bahawa persetujuan antara kedua dua pihak adalah tertakluk kepada kontrak yang akan disediakan kemudiannya ataupun segala persetujuan yang telah dicapai akan dimuatkan dalam perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua dua pihak. Oleh itu pendekatan yang diambil oleh mahkamah dalam menentukan isu ini adalah dengan meneliti fakta kes secara keseluruhan dan melihat segala apa yang berlaku semasa perundingan kedua dua pihak untuk menentukan sama ada ia menunjukkan hasrat kedua dua pihak tertakluk kepada kontrak yang formal kemudiannya ataupun persetujuan yang dicapai dalam perundingan itu akan terkandung dalam satu kontrak formal kemudiannya.