DEFINISI HARTA
•menurut pendapat Ibn Abidin, fuqqaha mazhab Hanafi mentafsirkan harta sebagai sesuatu yaang manusiaa berhajat kepadanya secara fitrah dan ia mestilah sesuatu yang boleh disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan.
•Imam al-Syafie pula berpendapat harta sebagai sesuatu yang berharga dan hendaklah diganti atau dibayar gantirugi sekiranya berlaku kerosakan atau kemusnahan terhadapnya.
•Dr Abdul Karim Zaidan mendefinisikan harta sebagai sesuatu yang boleh dimiliki atau akan dimiliki pada masa hadapan dan ianya berfaedah kepada manusia
• Al-Zarqa, salah seorang fuqaha Hanafi dalam mendefinisikan harta mengambil kira keadaan 'urf' atau adat kebiasaan masyarakat umum untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta atau tidak. Apa sahaja yang dianggap berguna dan bernilai pada pandangan masyarakat adalah tergolong sebagai harta.
•Dr. Wahbah al-Zuhaili berpendapat harta ialah sesuatu yabg diperlukan dan mampu dimiliki oleh manusia samada dalam bentuk benda atau faedah (manfaah) contohnya kenderaan, bangunan, pakaian, saham dan sebagainya.
HARTA DALAM AL-QURAN
surah Al-Baqarah ayat 284:
"segala yang ada di langit dan yang di bumi adalah kepunyaan Allah"
surah An-Nisa ayat 29:
"Allah melarang mengambil harta orang lain secara batil"
CIRI CIRI HARTA DALAM ISLAM
-Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai pada masa hadapan.
- sesuatu yang tidak boleh dikuasai walaupun kita mendapat manfaat darinya dianggap harta
-sesuatu yang tidak cukup dimanfaatkan walaupun kita mampu menguasainya tidak termasuk harta
-sesuatu yang bercanggah atau ditegah oleh hukum syara' untuk dimanfaatkan tidak boleh dianggap sebagai harta
KONSEP HARTA
-harta adalah milik Allah. tidak ada sesuatu yang menjadi milik manusia secara mutlak.
-manusia hanya pemegang amanah
- mereka tidak boleh mengganggu hak milik orang lain
- bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperolehi dan dibelanjakan
-manusia mesti menggunakan harta dengan sebaik mungkin
-mesti mengikut peraturan yabg telah dijelaskan oleh syarak
-manusia bertanggungjawab menggunakan harta ke jalan Allah
CARA/KAEDAH MEMPEROLEH HARTA
-melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan usaha sendiri seperti bekerja sendiri
-melalui pensyariatan seperti pusaka, nafkah, wasiat, pembahagian harta rampasan perang, agihan zakat
-kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang, mas kahwin atau berian
- bantuan orang lain baik individu, masyarakat atau kerajaan seperti baitulmal.
LARANGAN DALAM MENCARI ATAU MENGGUNAKAN HARTA
-larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau diusahakan
- tidak boleh memakan dan menghasilkan harta dengan jalan yang batil
- larangan mengusahakan harta yang membahayakan peribadi, umum atau kemuliaan masyarakat
-larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan, penyelewengan dan lain lain
JENIS JENIS HARTA
•Al-Mutaqawam
-syarak mengharuskan penggunaannya
-harta bernilai: halal haram, harga, manfaat/mudharat
•Ghair Mutaqawam
-penggunaannya tidak harus kecuali ketika darurat
syarat
-jika tidak menggunakannya akan membahayakan jiwa secara spontan
-tiada langsung harta yang halal
-tidak boleh berlebihan
faedah pembahagian berdasarkan faedah
-sah membuat atau tidak membuat kontrak ke atas harta mutaqawwam
-tidak sah membuat kontrak ke atas harta ghair mutaqawam
-wajib membayar ganti rugi kerosakan harta mutaqawwam
-tidak wajib bayar ganti rugi kerosakan harta ghair mutaqawam milik orang Islam.
•Berdasarkan pergerakan harta
•Al-Manqul (movable property)
-harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
•Al-'Aqar (immovable property)
-harta tak alih ialah harta yang tidak boleh digerakkan atau dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. contoh: bangunan
•Faedah Pembahagian Pergerakan Harta
-dalam masalah wakaf , fuqaha' sepakat boleh mewaqafkan harta tak alih, tetapi harta alih mereka berselisih pendapat
-dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan seperti untuk membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Harta alih boleh dijual pada bila-bila masa.
-sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih, tetapi jika harta alih, maka ia dianggap tidak sah, kecuali melalui tempahan atau hutang
-seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk menebus baik hutang. Walaubagaimanapun lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih, sekiranya tidak cukup barulah boleh melelong harta tak alih.
-dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan hak syufah, manakala harta alih tidak boleh disyufah.
•Berdasarkan penggunaan harta
•Al-Mithli
-harta misli ialah harta yang ada persamaan sejenis dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan nilai, ia terbahagi kepada 4 bahagian:
1. barang yang disukat spt gandum dan padi
2. barang yang ditimbang spt kapas dan besi
3. barang yang dibilang yg ada bentuk yang hampir sama spt telur , kelapa, etc.
4. barang yang diukur mengikut ukuran meter, ela, depa, etc.
*jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu boleh diterima oleh semua pihak.
•Al-Qimiy
-harta yg tidak ada bandingan atau keserupaan di pasar spt permaidani
-harta yg ada keserupaan tetapi tidak sama nilai di pasar spt buah limau
- harta qimiy ialah harta yg berlainan jenis atau jika ada persamaan ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara tidak boleh diterima oleh semua pihak. harta ini dikenali dengan harta senilai.
•Faedah pembahagian berdasarkan penggunaan harta
-harta mithli boleh menjadi dhimmah(tanggungan hutang)
-harta mithli boleh berlaku muqasah (diskaun)
-harta mithli yang dirosakkan secara sengaja mesti diganti dengan kadar yang sama, manakala harta qimiy hendaklah diganti dengan nilainya
-jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama mereka pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas harta misli sahaja. Untuk harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan ahli syarikat.
•Berdasarkan bandingan harta
a) Istihlaki
-harta yang boleh digunakan dengan merosakkan zatnya spt makanan dan minuman
b) Isti'mali
-harta yang boleh digunakan sedangkan zatnya kekal spt pakaian, buku
•faedah pembahagian berdasarkan bandingan harta
-harta istihlaki tidak boleh menggunakan kontrak sewa dan pinjam
- harta isti'mali boleh gunakan kontrak sewa dan pinjam
- kedua-duanya boleh gunakan kontrak jualbeli dan simpanan