Friday, May 27, 2016

Kerajaan beri PAS laluan ; DAP + Amanah bantah

SELEPAS 20 TAHUN TERHALANG, RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH AKHIRNYA DIBENTANG DI PARLIMEN *USUL DIBAWA EMPAT KALI SEJAK 1995 [PINDAAN RUU MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 2016

 Hadi ketika membentangkan pindaan pada Sidang Dewan Rakyat, semalam.

Kuala Lumpur;
Presiden PAS , Datuk Seri Hadi Awang, semalam mencipta sejarah menjadi Ahli Parlimen pembangkang pertama membentangkan RUU Persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016. Beliau membentangkan RUU Mahkamah Syariah [bidang kuasa jenayah] pindaan 2016 itu bagi menggantikan seksyen 2. Selepas membentangkan usul, Hadi meminta ia dibahaskan dalam sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

Kuasa ke atas penganut Islam
RUU itu dibentang untuk dibahaskan bagi membolehkan Mahkamah Syariah  mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri, di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengekukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (2) supaya usul RUU Pertahanan Awam yang diletakkan dalam aturan urusan mesyuarat kedua persidangan semalam.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul Azalina untuk membolehkan Hadi membentangkannya berlandaskan peraturan mesyuarat 14 (2) yang memperuntukkan Majlis Mesyuarat dengan dikeluarkan usul [oleh seorang menteri]. Namun beberapa Ahli Parlimen Pembangkang membantah usul Azalina dan mahu Pandikar Amin tidak membenarkannya kerana RUU Mahkamah Syariah terletak di aturan mesyuarat ke-15. Antara yang lantang membantah adalah Anthony Loke [DAP Seremban], Teresa Kok [DAP Seputeh], Chong Chieng Jen [DAP Bandar Kuching], Khalid Abdul Samad [PAN Shah Alam] dan Michael Jeyakumar Devaraj [DAP Sungai Siput].

Ketika ditemui pemberita kemudian, Hadi berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul RUU Persendirian untuk meluluskan RUU Mahkamah Syariah [bidang kuasa jenayah] pindaan 2016 dibentangkan.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul ini dibuat" katanya.

Beliau berkata, usul persendirian yang dibawa PAS sebanyak 4 kali sejak 1995 itu akhirnya diterima untuk dibentangkan. Mengulas lanjut, Hadi berkata usul memperkasa Mahkamah Syariah itu hanya membabitkan orang Islam dan tidak berkait dengan orang bukan Islam.


DAP bantah pindaan, tak ikut perlembagaan
DAP kekal dengan pendirian tidak bersetuju dengan pembentangan RUU persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah [Bidang kuasa jenayah] pindaan 2016 yang diusulkan oleh PAS. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menyifatkan ia tidak selari dengan perlembagaan persekutuan dan tidak wajar dibentangkan. Katanya, walaupun undang-undang itu dikatakan hanya untuk orang Islam, namun negara tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza untuk untuk rakyatnya iaitu untuk orang Islam dan bukan Islam.

"Pendirian kami dalam hal ini jelas, DAP tidak bersetuju dengan sebarang pindaan undang-undang yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan. Saya juga ingin tegaskan bahawa kami bukan anti-Islam atau anti undang-undang Syariah, tetapi hanya mahu mempertahankan prinsip yang tertera dalam Perlembagaan." katanya.

Pendirian komponen BN
Guan Eng juga ingin mengetahui pendirian komponen parti Barian Nasional [BN] seperti GERAKAN dan MCA berhubung isu itu. Katanya, mereka sebelum ini pernah berkata mahu keluar BN jika RUU persendirian itu dibentangkan di parlimen.

"Kini ia sudah dibentangkan, jadi bilakah mereka akan letakkan jawatan dan keluar daripada BN?" katanya.

Beliau juga meminta PKR menyatakan sendiri pendirian berhubung isu itu dan enggan menjawab bagi pihak parti GERAKAN.


Pendapat dari Presiden Persatuan Peguam Syarie [PGSM]
Semalam mungkin menjadi satu sejarah baharu kepada negara apabila Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah [bidang kuasa jenayah] 1965 atau Akta 355 diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat. Dari segi Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat, RUU hanya akan dibahaskan setelah semua RUU kerajaan, selesai. Kelulusan ini bermaksud bahawa Bacaan Pertama RUU persendirian ini akan berada dalam senarai teratas untuk dibahaskan dalam sesi Sidang Dewan Rakyat akan datang. Pindaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen pembangkang ini bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap kesalahan jenayah syariah, daripada hukuman sedia ada iaitu denda tidak melebihi tidak RM 5k / 3 tahun penjara / 6 kali sebatan / kombinasi mana-mana hukuman itu.

Akta Mahkamah Syariah [Bidang kuasa jenayah] 1965 pindaan 1984 / lebih dikenali sebagai Akta 355 telah menghadkan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan undang-undang berkaitan jenayah syariah dan Mahkamah Syariah hanya dibenarkan menghukum dengan hukuman disebutkan sahaja. Akta 355 adalah undang-undang yang diluluskan parlimen dan berkuat kuasa  di seluruh negara. Apa-apa pindaan Akta 355  perlu mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen. Jika ada Dewan Undangan Negeri [DUN] meluluskan undang-undang berlawanan akta itu, maka undang-undang itu akan menjadi ultra vires dan terbatal setakat mana yang berlawanan. Ini termaktub dalam Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat dan umat Islam, kepemimpinan Perdana Menteri wajar mengadakan transformasi undang-undang jenayah syariah di negara ini, dengan meminda Akta 355 bagi memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap penjenayah syariah. Suatu perkembangan yang baik apabila suatu RUU persendirian yang diusulkan oleh pihak pembangkang mendapat kerjasama yang baik daripada pihak kerajaan. Perkembangan inilah yang dinanti-nantikan oleh masyarakat apabila wakil rakyat yang dipilih dapat bekerjasama dalam mengutamakan perkara untuk kepentingan masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini. Masyarakat terutama bukan Islam, tidak perlu berasa gusar atau khuatir sekiranya pindaan Akta 355 ini dibahaskan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat kerana ia sama sekali tidak menggugat masyarakat bukan Islam. Pindaan hanya akan membabitkan Mahkamah Syariah yang akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam sahaja dan dalam hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Tak sentuh peruntukan Kanun Keseksaan
Pindaan juga tidak menyentuh perkara / kesalahan yang berada dalam peruntukan Kanun. Pindaan ini juga bukan undang-undang hudud sebagaimana yang diuar-uarkan oleh setengah pihak kerana hanya sebahagian sahaja daripada hukuman hudud yang boleh dilaksanakan iaitu yang tidak membabitkan kematian.
Hukuman potong tangan / rejam masih tidak boleh dilaksanakan walaupun setelah pindaan diluluskan oleh Dewan Rakyat. Menjadi harapan rakyat keseluruhan agar pindaan yang dicadangkan ini dapat diluluskan dengan jayanya.


Pindaan Akta tingkat kuasa Mahkamah Syariah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan RUU Mahkamah Syariah [bidang kuasa jenayah] pindaan 2016 bukan mewujudkan undang-undang baharu , sebaliknya meningkatkan lagi kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah . Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan PAS mengemukakan usul meminda akta berkenaan untuk memperkasakan lagi undang-undang syariah di negara ini.

"Pindaan RUU ini meningkatkan lagi fungsi Mahkamah Syariah dan hanya terpakai kepada orang Islam" katanya mengulas pembentangan usul berkenaan oleh Preseiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di Dewan Rakyat, semalam.

Ketua penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata UMNO akan terus bekerjasama dengan PAS dalam perkara yang membawa kepentingan kepada orang Islam dan Melayu. Beliau ditemui di lobi Parlimen berkata, UMNO ingin membuktikan bahawa apabila membabitkan soal agama dan soal kepentingan kepada rakyat ia mampu ia mampu bekerjasama dengan sesiapa dan bukan soal kelompok kepartian.

"Dalam perkara yang kita lihat ada kepentingan kepada umat Islam, kita akan terus bekerjasana. Saya fikir tanggungjawab kita dalam politik juga kepada agama jadi dalam hal ini kita patut bekerjasama." katanya.

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas pula secara khusus mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan kerajaan kerana membenarkan usul persendirian ini dibawa. Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika bangun mempertikaikan kewajaran RUU persendirian untuk RUU Mahkamah Syariah itu dibentangkan lebih-lebih lagi ia diberi ruang dikemukakan walaupun berada aturan mesyuarat ke-15. Beliau juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, turut mengaitkan pembentangan RUU itu untuk meraih undi menjelang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Loke menyatakan tidak membenarkan usul itu dibentangkan jelas mempunyai agenda politik di pihak kerajaan serta satu tindakan yang pelik kerana aturan urusan mesyuarat ke-25 didahulukan  tanpa sebarang konsultasi daripada pihak pembangkang.


✿Done writing~ thanks for reading✿

Tanggungjawab + Hak kekeluargaan

Tanggungjawab dan hak kekeluargaan merupakan perkara terpenting dalam urusan rumah tangga suami dan isteri. Berikut merupakan pecahan antara tanggungjawab dan hak suami dan isteri.

1) Tanggungjawab + Hak suami
2) Tanggungjawab + Hak isteri
3) Tanggungjawab+ Hak anak

Tanggungjawab + Hak isteri, suami, anak
Tanggungjawab dan hak adalah perkara yang hampir sama tapi berbeza. Tanggungjawab ialah apa yang seseorang itu perlu lakukan kepada orang lain / orang yang di bawah tanggungjawabnya sedangkan hak ialah apa yang seseorang itu perlu dapat atau patut terima daripada seseorang yang lain itu.


1. TANGGUNGJAWAB+HAK SUAMI 

TANGGUNGJAWAB
a. Membayar mas kahwin
Merupakan tanggungjawab suami untuk memberikannya kepada isteri. Ia adalah pemberian yang wajib. Menurut seksyen 21 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan bahawa:

"Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki / wakilnya kepada pihak-pihak perempuan / wakilnya di hadapan orang yang mengakadkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya 2 orang saksi lain"


b. Memberi nafkah kepada isteri+anak
Suami berkewajipan memberi nafkah kepada isterinya. contoh;
-makanan/minuman
-tempat tinggal
-pakaian

Kewajipan itu adalah berdasarkan kepada kemampuan suami dan isteri perlulah menunaikan kewajipan itu dengan baik. Suami tidak perlu menunaikan permintaan isteri yang diluar kemampuannya tetapi sekiranya mampu menunaikannya adalah lebih baik. Berdasarkan lafaz takliq selepas akad nikah pasangan seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 21 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Kelantan;

"selepas daripada itu, isteri boleh memohon kepada mahkamah dan baru mahkamah akan membuat laporan kepada mahkamah, maka mahkamah tidak mempunyai kuasa"


c. Memberi perlindungan kepada isteri
Melindungi isteri dan keluarga sekiranya ditimpa bencana seperti menyediakan rumah yang dapat berlindung dari binatang buas, panas, hujan, ribut.

d.Bergaul baik dengan isteri dan keluarga
Memulakan percakapan yang lemah lembut, sopan santun dan tidak meninggikan suara dan membahasakan diri dengan cara yang baik seperti panggilan abang, sayang dan sebagainya. Suami mengetahui cara untuk mengawal kemarahan sekiranya terlalu marah kepada isteri dan mestilah menggunakan cara yang diajar oleh Rasulullah dengan menasihatinya, mengasingkan tempat tidur dan alternatif lain yang terakhir ialah rotan.

Penderaan rumah tangga yang berlaku di Malaysia melibatkan penderaan dari segi mental, fizikal dan emosi yang akan memberi kesan negatif kepada hubungan dalam perkahwinan. Seksyen 128 (1) Enak men Keluarga Islam Selangor memperuntukkan ;

"Seorang suami / isteri yang sengaja menganiayai / menipu harta mengikut mana yang berkenaan adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM 1000/ penjara tidak melebihi 6 bulan dan kedua-duanya"


e.Memberi pendidikan agama
Tanggungjawab suami dalam hal memberi didikan agama ialah seperti mengajar, mengaji, solat, puasa, dan sebagainya. Dosa akan ditanggung oleh suami sekiranya keseluruhan orang yang di bawah jagaannya melakukan maksiat tetapi suami tidak menegur atau mengambil peduli.


HAK
a. Ditaati oleh isteri
Setiap isteri perlu taat kepada suami selagi mana tidak bercanggah dengan hukum syarak. Isteri yang ingkar digelar isteri yang nusyuz. Isteri yang nusyuz mendapat kemurkaan Allah dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Seksyen 30 Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan bahawa;

"Seseorang perempuan yang sengaja tidak menurut perintah suaminya yang sah adalah melakukan kesalahandan hendaklah dihukum tidak melebihi RM 100 / kesalahan yang kedua tidak melebihi RM 300 pertama dan RM 500 seterusnya."


b. Mendapat layanan yang baik
Layanan yang baik kepada suami / isteri samada dari segi perbuatan, perkataan/percakapan ataupun dari segi komunikasi [perkongsian masalah]




2, TANGGUNGJAWAB + HAK ISTERI

TANGGUNGJAWAB
a. Menegur kesalahan suami

Suami yang melakukan kesalahan wajib ditegur oleh isteri seperti selalu lewat sembahyang / melakukan perkara yang ditegah Allah.

b. Menjaga harta suami
Tidak membenarkan orang lain masuk ke rumah tanpa kebenaran suami dan meminta izin untuk mengguna hartanya.

c. Memberi layanan yang baik kepada suami
Layanan yang baik samada dari segi perbuatan, perkataan / komunikasi [ perkongsian masalah], isteri perlu berada di samping suami di saat suami memerlukannya dari apa sahaja aspek seperti memenuhi keperluan nafsu batin suami, mendengar maslaah suami dan menjadi pendengar yang baik di saat suami berada dalam keadaan suka dan duka.


HAK
a. Mendapat mahar / mas kahwin
Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 memperuntukkan bahawa;

"Jika mas kahwin tidak dibayar, isteri boleh menuntutnya dan dia juga boleh menuntutnya apabila dia diceraikan"


b.  Dilayan dengan baik
Isteri harus dilayan dengan baik oleh suami kerana isteri di rumah bukanlah orang gaji tetapi dia adalah kawan yang baik untuk suami dan suami perlu bertimbang rasa terhadap isteri tanpa membebankan pelbagai perkara yang perlu dilakukannya.

c.Perlu mendapat nafkah zahir+batin
Isteri wajib menerima nafkah daripada suami dan boleh menuntutnya di Mahkamah Syariah jika suami mengabaikannya.



3. TANGGUNGJAWAB+HAK ANAK
Anak bertanggungjawab dalam menjaga kedua ibu bapa kerana ibu bapalah yang melahir dan membesarkannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersusah payah.

TANGGUNGJAWAB
Semasa ibu bapa masih hidup , anak-anak berbuat baik, patuh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kedua ibu bapa supaya hidup mereka sejahtera dan bersopan santun , bercakap lemah lembut apabila berkomunikasi dengan mereka. Anak-anak perlu mendoakan mereka jika mereka sudah meninggal dunia ,menyelesaikan hutang piutang serta mengqada'kan puasa yang ditinggalkan dan menziarahi kubur , kawan ibu bapa supaya ukhuwah itu berterusan selamanya.

HAK
Anak juga berhak dalam mendapatkan kasih sayang daripada kedua ibu bapa dan mendapat pendidikan seperti ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke sekolah, mengajar anak membaca Al-Quran serta tidak membezakan kasih sayang antara anak-anak mereka.


✿Done writing~ thanks for reading✿

Nasab + Kesahtarafan Anak

Kadangkala juga timbul masalah sepasang suami isteri yang pada asalnya mereka bersekedudukan dan melahirkan anak. Selepas itu mereka kahwin. Apabila berlaku penceraian, anak itu menjadi bahan rebutan. Persoalan yang timbul ialah siapakah yang berhak menajaga anak yang tak sah taraf itu?

Menurut seksyen 85 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menyatakan:

"Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu."


Ibu itu yang mengandung dan melahirkannya maka ia berhak menjaga dan menafkahkannya. Anak di luar nikah dianggap tidak mempunyai bapa. Oleh itu di luar bidang kuasa lelaki itu untuk membuat tuntutan. Kesahtarafan anak adalah berkait rapat dengan perkahwinan yang sah serta tempohnya untuk melahirkan seseorang anak. Dalam konteks ini seseorang anak yang dilahirkan perlu dinilai samada ianya Anak sah taraf / Anak tak sah taraf. Ini adalah kerana ia mempunyai kesan berbeza dari sudut keturunan, pergaulan dan hak serta kepentingannya.


Pengertian anak tak sah taraf / sah taraf
Anak tak sah taraf anak yang dilahirkan dan perhubungan yang tidak sah di sisi hukum syarak [luar nikah] samada akibat daripada zina atau rogol dan anak tersebut lahir kurang dari enam bulan Hijrah dari tarikh perkahwinan / seseorang anak yang dilahirkan selepas empat tahun pembubaran perkahwinan disebabkan kematian suami / penceraian dan ianya tidak berkahwin semula.

Manakala anak sah taraf adalah anak yang lahir melalui perkahwinan yang sah dan kelahirannya setelah enam bulan hijrah / lebih dari tarikh pernikahan / dilahirkan dalam tempoh empat tahun selepas penceraian dan ianya tidak berkahwin semula.


Siapakah boleh dikaitkan sebagai bapa
Menurut peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam [Negeri Selangor] 2003 memperuntukkan bahawa;

"Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang dengan lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah tarikh perkahwinannya itu / dalam masa 4 tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu / oleh sebab penceraian dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu tetapi lelaki itu boleh dengan cara li'an / kutukan menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah"


Kelahiran lebih 4 tahun selepas pembubaran perkahwinan

Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 menjelaskan bahawa jika anak itu dilahirkan lebih daripada 4 tahun qamariah selepas perkahwinan itu dibubarkan samada oleh sebab kematian lelaki itu / oleh sebab penceraian lelaki itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu adalah anak lelaki itu.


Kelahiran selepas pengakuan bahawa iddah telah tamat
Jika seorang perempuan yang tidak berkahwin semula membuat satu pengakuan bahawa tempoh iddahnya telah tamat, samada iddah itu adalah oleh sebab kematian / penceraian dan perempuan itu kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan kurang daripada 4 tahun qamariah dari tarikh perkahwinan itu dibubarkan oleh sebab kematian suaminya itu / oleh sebab penceraian.

Persetubuhan syubhah
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan dan kemudiannya perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah- 4 tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.

Syarat bagi pengakuan yang sah
Jika seseorang lelaki mengaku seorang yang lain samada dengan nyata/ dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika, syarat yang berikut dipenuhi;

a)Tiada seorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu.
b) Perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara mereka   sebagai bapa dan anak.
c) Jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui  tentang dia diakui sebagai anak.
d) Lelaki dan ibu itu anak mungkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan
e) Pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai anaknya, bahkan mengakui anak itu sebagai anak sah tarafnya.
f) Lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak.
g) Pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi kesahtarafan, atau;
h) Pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandungnya.


Implikasi dari sudut nasab + penamaan
Jika seseorang anak lahir dan ianya tidak sah taraf, maka anak tersebut tidak boleh dibinkan kepada bapa zina sebaliknya hendaklah dibinkan/dibintikan Abdullah / nama lain Asmaul Husna berpangkalkan Abdul. Anak tak sah taraf juga tidak boleh dibinkan kepada ibunya kerana boleh menimbulkan kesan psikologi kepada anak tersebut apabila anak tersebut dewasa.

Implikasi / kesan dari sudut pergaulan +hubungan
Dari segi perspektif Islam anak tak sah taraf bebas menjalin hubungan / aktiviti seperti apa yang dilakukan oleh kanak-kanak Islam yang sah tarafnya. Pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan ibunya hukumnya adalah sama dengan lelaki asing yang tiada kaitan dengannya kecuali jika tersebut menjadi suami ibunya maka hubungannya adalah seperti ayah tiri.

Perhubungan antara anak tak sah taraf dengan ibunya adalah sama dengan anak sah taraf yang lain. Begitu juga hubungan dengan anak-anak sebelah ibunya yang sah taraf, sama seperti hubungan kekeluargaan lain tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapa yang tidak sah kerana keluarga bapa bukan termasuk ahli keluarganya.

Implikasi dari sudut nafkah
Nafkah / saraan hidup anak tak sah taraf menjadi tenggungjawab ibunya bukan bapa yang tak sah. Ini adalah kerana anak tak sah taraf hanya dinisbahkan kepada ibunya serta keluarganya bukan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. (rujuk seksyen 68 Enakmen Keluarga Islam Kedah 1979)

Implikasi dari sudut penjagaan
Penjagaan anak tak sah taraf adalah sama seperti tanggungjawab di dalam memberi nafkah iaitu semata-mata kepada ibudan saudara mara sebelah ibu. Bapa yag tak sah langsung tiada hak ke atas anak tersebut melainkan melalui perintah undang-undang. [sek 73 Enakmen Keluarga Islam Kedah]

Implikasi dari sudut harta pusaka
Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan anak tersebut. Oleh yang demikian kedua-duanya saling boleh mewarisi pesaka antara satu sama lain. Sebaliknya seorang anak tak sah taraf tidak boleh mempusakai harta bapanya. Begitu juga bapa tidak boleh mewarisi harta anak tersebut kerana kedua-duanya telah terputus hubungan kekeluargaan.

Implikasi dari sudut kematian
Jika anak tak sah taraf tersebut meninggal dunia sebelum baligh maka agamanya berpandukan kepada agama ibunya. Jika ibunya Islam maka ianya hendaklah diuruskan secara Islam. Jika ibunya bukan beragama Islam maka anak tak sah taraf tersebut dihukum sebagai bukan Islam sekalipun yang menyetubuhi ibunya adalah seorang Islam.

Implikasi dari sudut amal kebajikan
Amal kebajikan anak tak sah taraf samada untuk diri sendiri / untuk masyarakat [fardhu ain/ fardhu kifayah] adalah sama kaedahnya dengan anak sah taraf yang lain. Seorang anak tak sah taraf sebenarnya seorang yang suci dan bersih dari sebarang dosa ibu bapanya.



✿Done writing~ thanks for reading✿

Thursday, May 26, 2016

Engkau tidak pernah sunyi

Stress? Rasa tiada siapa bersama-sama? Tekanan belajar ataupun kerja bertimbun dan merasakan diri sudah sampai ke penghujung? Akhirnya semua itu membuatkan diri rasa tersepit dan terhimpit? Rasa sunyi?

Ketahuilah bahawa kita tidak keseorangan. Sesungguhnya, kita tidak akan pernah sunyi. Mari kita lihat kehidupan yang lebih besar daripada kita ini. Sesungguhnya Allah menemani.

Melihat alam yang luas
Mari kita lihat pokok-pokok yang berada di dalam hutan. Yang tidak disiram ataupun dibaja oleh manusia. Bukanlah mereka itu hidup mekar dan tumbuh melata?
Mari kita lihat pula ikan-ikan di laut yang tidak diberi makan, jauh sekali dijaga oleh manusia. Bukan mereka itu hidup segar dan aktif sentiasa?
Mari kita lihat pula semut-semut yang tidak diternak ataupun disuap oleh manusia. Bukankah tiada antara mereka itu tidak mampu bergerak dan meneruskan kehidupan?
Mri kita kembali ke laut dan mellihat seekor haiwan bernama Paus. Saiznya yang besar pastinya memerlukan makanan yang banyak. Tetapi, apakah manusia menyediakan? Tidak. Namun, ikan paus tidak pernah mati kebuluran di tengah laut sekiranya ekosistemnya tidak terganggu.

Kita lihat ke awan, berkepul-kepul gebu putihnya. Mengapa ia tidak jatuh? Adakah manusia yang menjaganya?  Dan kita kembali kepada diri ketika kita masih berada di dalam rahim ibu. Siapakah yang memberikan kita makan dan minum di dalam perut ibu? Apakah seorang ibu mampu menukarkan makanan yang dimakannya kepada khasiat-khasiat khas untuk bayi? Tidak. Jadi siapakah yang menjaga kita pada ketika itu? Itu dia Allah s.w.t.

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu), "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Ataupun siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah mengeluarkan makhluk yang hidup daripada benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati daripada makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?" (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu), maka mereka yang musyrik tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata, 
"Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "Jikalau kamu mengakui yang demikian, maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?"  [Surah Yunus, ayat 31]

Allah yang menjaga semua itu. Dia wujud di sisi kita sentiasa. 
Allah yang memberikan rezeki yang menjaga  dan mengawal semua itu tadi, berada di sisi kita sentiasa.

"Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." [Surah Al-Baqarah, ayat 214]


"Sesungguhnya Aku amat dekat." [Surah Qaf, ayat 16]



"Dan sesungguhnya Kami mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya sedang pengetahuan Kami lebih dekat  kepadanya daripada urat lehernya."  [Surah Qaf. ayat 16]



Tidakkah kita berasa selamat dan tenteram apabila mengetahui hal ini?

Cuma persoalannya, apakah kita berhubungan dengan-Nya?


Punca tekanan dan kesunyian yang sebenar
Dunia ini akan hancur. Harta akan habis. Anak dan isteri akan membesar dan tua. Juga mustahil untuk mereka memberikan masa 24 jam penuh kepada kita. Rakan-rakan juga datang dan pergi dan masing-masing ada urusan. Sekiranya kita meletakkan pergantungan utama pada perkara yang fana ini semestinya kita akan menghadapi tekanan dan berasa sunyi. Kita akan diserang rasa takut. Takut kehilangan.


Itulah masalah kita sebenar. Tidak mempunyai hubungan dengan Allah . Tidak bergantung dengan Dia , yang sebenarnya adalah solusi kepada permasalahan kita. Kita tidak taat kepada-Nya, kita melanggar perintah-Nya. Ketiadaan hubungan dengan Allah adalah punca permaslahan kita.


Penutup
Sesungguhnya rezeki itu ada. Bagi yang berusaha dan taat sesungguhnya bahagia itu ada. Bagi yang mendekati-Nya dan merapat.

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah , Allah akan memberikannya jalan keluar Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." [Surah At-Talaq, ayat 2-3]


Dan (Tuhan berkata lagi), "Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi." [Surah Al-A'raf, ayat 96]

✿Done writing~ thanks for reading✿

Monday, May 23, 2016

Prosedur rujuk

Rujuk dari segi bahasa bererti kembali. Manakala dari segi syarak pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu iddah yang bukan talaq ba'in. Rujuk adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu iddah isteri. 


Dalil
Firman Allah yang bermaksud: 

"Dan suami-suami mereka lebih berhak untuk mengambil kembali [rujuk] akan isteri-isteri di dalam masa iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian"
(Surah Al-Baqarah, 2:228)

Rukun
i. Sighah: lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan)
ii. Murtajik : suami yang mempunyai syarat-syarat tertentu
iii. Isteri: perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah. 

Syarat 
1. Suami
-seorang yang berakal
-baligh
-rela/kehendak sendiri tidak dipaksa
-tidak murtad

2. Isteri
-sudah dicampuri
-mestilah diceraikan dengan talak raji'e. Bukan daripada fasakh, khuluk dan talak tiga.
-hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya. 

3. Tidak dihadkan kepada sesuatu masa dan waktu. Tidak sah rujuk dalam masa yang tertentu sahaja. 

4. Tidak bergantung kepada sesuatu syarat. Rujuk disyariatkan adalah bertujuan untuk membolehkan pasangan yang telah bercerai dengan talaq rajie meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih dalam iddah tetapi perlu diingat bahawa rujuk hendaklah dengan tujuan untuk berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan sebagainya.


Prosedur   
Jika selepas penceraian yang boleh dirujukkan (dalam iddah rajie) dan rujuk telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal perujukkan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah berkenaan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh perujukkan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan.

Bagi pihak yang ingin memohon rujuk atas persetujuan bersama semasa di dalam iddah rajie, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki. Setiap rujuk yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syariah berkaitan sebelum rujuk dijalankan. 

Apabila Pendaftar berpuas hati bahawa rujuk tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syarak, baharulah pendaftaran atau permohonan rujuk diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes penceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.  Pendaftaran atau permohonan rujuk hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar dan setiap rujuk yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar. 

Pemohon yang telah didaftarkan rujuk mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Rujuk (borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Rujuk. Butir-butir perujukkan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar dalam Buku Daftar Rujuk (borang 2E). Mana-mana pihak yang tidak mendaftar persedudukan semula itu adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak lebih RM 500 / penjara tidak melebihi 6 bulan. 

Jika penceraian itu tidak didaftarkan oleh pendaftar bagi qriah tadi, dia hendaklah merekodkan dalam surat-surat perakuan cerai nombor siri dan butir-butir surat perakuan rujuk itu dan menghantar surat-surat perakuan cerai itu kepada pendaftar yang telah mengeluarkannya.

✿Done writing~ thanks for reading✿

Rumah bujang beriman

"Mengapa rumah kotor sangat? berbau pula."
"Alaa, biasa la. Rumah bujang."


Itu antara yang kita biasa dengar.


"Eh, tidak kemas rumah ke? serabut betul."
"Ingat rumah akhawat ke nak lawa-lawa?"


Satu lagi ayat yang biasa dilepaskan. Ya, sinonim dengan begini;

Rumah bujang = serabut/tunggang langgang/berterabur/1001 lagi gaya


Tidak semua rumah tetapi sebilangannya begitu. Dirasakan tidak penting menjaga kekemasan rumah. Pinggan dibiarkan bertimbun, sampah dibiarkan sampai terkeluar, tandas kotor, rumah dibiarkan bersepah, punya bau tidak enak. Alasannya adalah rumah bujang. Ini satu perkara yang saya kira saya dan mereka yang seangkatan perlu ubah. Hal ini kerana, kita mahu menjadi bujang yang beriman. Bukan calang-calang bujang yang ada di dunia ini.


Kebersihan itu tuntutan
Menjaga kebersihan adalah tuntutan Islam. Kebersihan rohani, mahupun zahiri. Allah itu cantik dan sukakan pula kecantikan. Rasulullah ada menyatakan :
 "Allah itu cantik, dan Allah itu sukakan kecantikan."
                                   [Hadis direkod oleh At-Timizi dan Muslim]


Kita pula adalah hamba kepada Rabb yang Maha Teratur dan Suci. Kita menyatakan bahawa kehidupan adalah ibadah kepadaNya.


"Tidak sesekali Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (kepadaKu)"
                                                    Surah Az-Zariyat, ayat 56


Maka, apakah pantas kita beribadah dalam keadaan kotor? Rumah adalah medan ibadah sebenarnya. Mihrab untuk mereka yang faham bahawa 24 jam kehidupan itu adalah ibadah. Belajar ibadah, berhubungan dengan rakan-rakan itu ibadah, hatta bermain games juga ibadah jikalau kena masa dan keperluannya. Apakah pantas tempat ibadah kita bersepah-sepah? Tambahan apabila tetamu datang secara mengejut ataupun rakan lain datang menjenguk, melihat rumah kita tunggang langgang, reaksi mereka kepada kita pastinya jatuh ke tahap yang rendah.


Lebih-lebih lagi jikalau kita sebelum ini adalah pelajar agama ataupun orang yang mengikuti usrah.


Kekotoran mengurangkan sensitiviti
Kotor. Kita tengok perkataan itu pun kita dapat merasai aura kejijikannya. Saya ceritakan satu kisah benar. Dahulu saya tinggal di asrama. Asrama saya itu asrama baru yang cantik. Namun sikap ahli asramanya yang tidak endah, lantas tidak menjaga kebersihan. Sampai ke satu tahap asrama itu menjadi busuk. Namun masih tiada siapa membersihkan keadaan. Suatu waktu, bau busuk itu sudah hilang dari hidung saya.

Sampailah tiba seorang senior dari asrama lain datang berziarah. Mukanya keruh sambil berkata:
"Eh, mengapa asrama antum ini busuk sangat?"
"Apa yang busuknya? Tidak bau pun." Saya membalas dengan perasaan terkejut.
"Ya Allah, antum sudah lama sangat duduk dalam keadaan kotor ini sampai sudah tidak boleh bau busuk" katanya.

Ketika itu saya sedar betapa suasana kotor itu merasuk jiwa saya mengurangkan sensitiviti ahli asrama saya sehingga bau busuk pun sudah dianggap sebagai bau yang biasa. Begitulah dengan rumah bujang. Kekotoran sehari-hari akan melemahkan ketajaman jiwa kita. Hati akan menjadi kurang sensitif dengan keadaan sekeliling dan kurang pula sensitif dengan kerosakan ummat yang berlaku. Hal ini kerana jiwa sudah tumpul. Kekotoran adalah biasa. Kebersihan pula menjadi luar dari biasa.

Imej Islam
Sebenarnya tiada istilah rumah bujang dalam Islam. Yang ada ialah istilah rumah orang beriman. Maka, kita sepatutnya berusaha menggerakkan rumah-rumah kita ke arah itu. Bagaimanakah keadaan rumah mereka yang beriman kepada Allah? semestinya bersih dan teratur. Hal ini kerana mereka yakin bahawa Allah melihat mereka selama 24 jam, tujuh hari seminggu.

Imej Islam juga tertanggung di pundak kita. Rumah mencerminkan kehidupan seharian kita. Walaupun kita bukan orang yang selekeh, bukan orang yang tidak menepati masa, bukan orang yang berperangai buruk, apabila ada orang melihat keadaan rumah yang tunggang-langgang imej kita automatik tercalar. Lebih buruk lagi, imej Islam juga terpalit dengan kekotoran kita.

"Eh, ini ke rumah orang Islam?"
Bayangkan.

Persediaan menjadi ketua keluarga
Penting bagi orang bujang merasai kepentingan mengemas rumahnya, menjadikan rumahnya bersih dan teratur kerana dia akan menjadi ketua kepada keluarga. Satu konsep yang perlu sebagai orang lelaki kena ubah adalah;

"Kerja rumah adalah kerja perempuan" 


Ini satu kesilapan dalam kehidupan seorang mukmin. Inilah yang terjadi, dalam kebanyakan keluarga harini. Suami tidak mengendahkan perihal kebersihan rumah, kekemasan rumah dan menyerahkan segala-galanya kepada isteri. Jikalau orang bujang tidak belajar mendidik diri dari saat bujangnya [saat mendapat bilik di universiti, rumah sewa ketika masa belajar] dan mendidik dirinya berdisiplin dalam menjaga kebersihan luaran dan dalaman, maka ketika berumah tangga dia akan terbawa-bawa kehidupan bujangnya.


Isteri zaman hari ini, ramai yang bekerja. Bayangkan sudah berpenat bergadang dengan masalah di tempat kerja, balik rumah perlu pula mengemas, memasak dan sebagainya. Lebih menyakitkan hati, suami kerjanya membuat sepah sahaja. Pakai barang tidak letak balik, apabila bersepah sekadar biarkan. Agak-agak bagaimana kehidupan suami isteri yang begini?

Ini satu kepincangan. Hendak mencegahnya, orang bujang perlu mulakan latihan dari waktu bujangnya agar dia mampu menjadi suami yang baik dan tidak menyusahkan. Suami yang penyayang dan menyenangkan. Baru isteri bahagia, anak-anak juga ceria. Jikalau hendak cemerlang dalam peperiksaan, kita perlukan persediaan yang rapi. Saya tidak nampak pula mengapa hendak membina rumah tangga yang Allah redha, tidak perlukan persediaan.

Wahai lelaki, isteri kamu itu juga manusia. Maka orang bujang apa lagi? belajarlah mengemas rumah menjaga kekemasan dan menjadikan rumah kamu rumah yang teratur. Bukankah kita ini bujang yang beriman?


 Penutup


Sebenarnya amat penting perkara ini. Selain mempunyai kaitan dengan ibadah, ketajaman hati ia juga adalah perkara yang akan bawa ke masa hadapan. Ya, jikalau kita boleh buat tidak tahu sahaja dengan kekotoran rumah yang kita duduk, bagaimana agaknya kita hendak rasa sensitif dengan keadaan masyarakat? mungkin jangan kata masyarakat, keluarga kita nanti pun tidak kisah. Jadi saya tidak nampak tajuk ini enteng sebab saya tidak rasa lelaki bujang perlu hidup dengan akta kebujangan. Kita sepatutnya hidup dengan peraturan Allah. Hal ini kerana kita mengejar keredhaan Allah dalam kehidupan kita. Allah sukakan kebersihan, kecantikan. Rasulullah juga tidak pernah dilaporkan sebagai seorang yang tidak terurus dan kotor. Apakah ada sebab yang lebih baik daripada itu untuk kita bergerak menjaga kebersihan? Orang bujang. Sudah tiba masanya memanifestasikan keimanan. 

✿Done writing~ thanks for reading✿

Berdikari

coretan/nukilan dari Hilal Asyraf

Berdikari. Saya selalu mendengar bahawa usul-usul perkataan ini adalah berdiri di atas kaki sendiri. Kebenarannya, saya pun tidak tahu. Tetapi , apa yang saya tahu berdikari membawa maksud mampu berusaha sendiri dan tidak mengharapkan orang lain. Dari kecil satu perkara yang  saya sasarkan kepada diri saya adalah berdikari. 

Tetapi, satu perkara yang saya silap. Pada suatu masa dahulu saya mendefiniskan berdikari sebagai tidak perlu langsung pada mak dan ayah. Mungkin sebahagian definisi itu betul. Tetapi saya ini terarah kepada sebahagian yang tidak betul. Mungkin ada yang berkata, mana salahnya dengan definisi itu? 

Ah, mungkin saya yang salah.

Apabila saya faham tidak bergantung pada mak ayah
Ada banyak peristiwa dalam kehidupan yang menyebabkan saya betul-betul berusaha untuk berdikari. Tetapi saya kira, cerita-cerita itu hanya terbenam dalam diri saya dan tidak akan saya ceritakan kepada umum. Berdikari yang saya maksudkan ialah memutuskan pergantungan daripada ibu bapa saya. Jadi, apabila saya faham berdikari adalah begitu, dan berazam pula untuk ke arah itu, maka saya membentuk satu kekerasan dalam diri. 

Saya menjadi orang yang tidak pernah mengadu kepada Mak dan Ayah. Agak teruk sedikit di mana saya menjadi orang yang tidak berkongsi cerita dengan Mak dan Ayah. Saya banyak membesar di dalam bilik sekiranya tiada hal dan kebanyakan masa saya habis dengan pelbagai aktiviti di luar rumah. Tidak banyak masa duduk-duduk bersama Mak dan Ayah, bersembang itu dan ini. 

Saya masih ingat ketika tamat sahaja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya terus menyibukkan diri dengan mengendalikan pelbagai program remaja. Saya kira masa lapang saya di rumah ketika itu hanya seminggu dua. Tamat sahaja program-program itu say terus bekerja di Sekolah Rendah Agama Ghufran (SRAG), Simpang Renggam dan agak jarang pulang ke rumah. 

Tamat pekerjaan saya di SRAG, saya terus menyambung pengajian kembali ke Perlis. Kemudian selepas satu tahun setengah, saya terus terbang ke Jordan. Ditambah pula dengan dari tingkatan 1 tinggal di asrama , saya memang boleh hidup tanpa Mak dan Ayah. Tidak pernah mengadu akan markah yang teruk. Hanya mahu menunjukkan kepada mereka sisi cemerlang saya. Saya tidak kaan bercerita melainkan apa-apa yang baik sahaja yang berlaku kepada saya. Itu pun lebih kepada untuk menunjukkan bahawa , "Hilal sudah mampu berdikari. Tengok, Hilal mampu buat semua ini tanpa bantuan mak dan ayah"

Sampai satu tahap saya pernah berkata kepada Mak dan Ayah saya,
                         " Apa-apa yang Mak dan Ayah beri pada Hilal, duit yuran sekolah, bil elektrik, air, sewa rumah dan semua duit belanja yang pernah diberikan semua itu Hilal anggap sebagai hutang. Nanti sudah besar, Hilal bayar semula."


Saya nampak itu adalah berdikari. Saya bersungguh-sungguh mencapai semua itu. Sebab itu saya sentiasa belajar untuk mencari duit sendiri. Saya tidak pernah meminta Mak dan Ayah membelikan saya itu dan ini. Saya akan beli dengan duit saya sendiri, yang saya kumpul, yang saya dapatkan dengan usaha saya sendiri. Sebab itu saya sangat gembira apabila Allah memberikan saya peluang kepada saya menjadi seorang penulis. Saya terasa seperti benar-benar sudah berdikari. 

Tinggal, saya banyak kali sahaja gagal membeli semua barang dengan duit sendiri, apabila Mak melarangnya. Mak juga mahu membayar. Saya pernah merasakan itu mencalarkan maruah saya sebagai orang yang hendak berdikari. Itulah saya sedikit masa yang lalu. 

Kesannya pada saya
Kesannya, saya kehilangan satu perkara yang berharga iaitu kehangatan kasih sayang mak dan ayah. Mak dan ayah begitu menyayangi saya, sebagaimana mereka menyayangi anak-anak yang lain. Tetapi disebabkan kefahaman berdikari saya tadi saya kurang mampu merasainya. Ini adalah kekurangan yang menakutkan. Ibu bapa sebenarnya adalah sesuatu yang besar dalam kehidupan. Kasih sayang mereka adalah energi memandangkan redha mereka redha Allah, selagi mereka tidak redha kepada perkara yang dimurkaiNya. Maka kehilangan mereka daripada jiwa kita, hakikatnya satu kekosongan besar yang patut diraihnya semula. 

Walaupun kita mampu mencapai satu tahap yang tinggi tanpa merasai kehangatan kasih sayang ibu bapa, saya percaya kita sepatutnya mampu mencapai tahap yang jauh lebih tinggi sekiranya kita merasainya.

Saya menyedarinya ketika jatuh sakit
Saya menyedari hal ini ketika saya jatuh sakit teruk pada hujung tahun 2010. Saya tidak pernah sakit seperti itu. Sakit itu daripada segi zahirnya nampak seperti demam teruk. Tubuh saya panas. Ditambah dengan musim sejuk sakit itu terasa seperti menghancurkan tubuh saya. Tetapi apa yang lebih pada sakit itu adalah satu perasaan takut datang. saya tidak pernah ada rasa takut yang sebegitu. Sukar saya hendak ceritakan bagaimana takut yang saya maksudkan ini. Tetapi perasaan itu yang menjengah hingga saya merasakan bahawa saya hampir mati.

Pada ketika ini saya teringatkan mak dan ayah. Secara tidak langsung kehidupan remaja saya hingga menengah dewasa terimbas. Baru saya perasan, dari remaja hingga dewasa masa saya terlalu sedikit dengan kedua-dua orang tua saya. Ditambah dengan sikap saya yang memahami berdikari sebagai tidak bergantung pada ibu bapa, saya merasakan mak dan ayah selama ini sudah kehilangan seorang anak.

Saya terfikir ketika saya sakit itu, jikalau mati sekarang bagaimana? Jikalau terjadi apa-apa pada mak dan ayah sebelum sempat balik Malaysia, bagaimana? Ada beberapa peristiwa lagi semasa cuti saya di Malaysia yang menambah perasaan itu. Akhirnya, ketika itulah saya melihat kehilangan saya di mana saya melihat kesilapan saya dalam memahami maksud berdikari. Akhirnya buat pertama kali saya menangis apabila menelefon mak. Ajaibnya saya tidak pula rasa malu. Bahkan saya berasa lega merendahkan diri kepada mak pada ketika itu. Saya berasa lega mengadu kekurangan itu, kekurangan ini. Saya lemah dalam hal itu, susah mahu buat yang ini. Setakat ini, tiada kelegaan yang dapat menewaskan kelegaan itu. 


Penutup; Ibu bapa tiada ganti
Maka sebenarnya definisi berdikari tidak bergantung pada ibu bapa itu adalah satu kesilapan. Saya melihat mahu tidak mahu kita sepatutnya bergantung pada ibu bapa kita tetapi bukanlah meletakkan semua tanggungjawab di atas pundak mereka tanpa kita sendiri melatih diri bertanggungjawab. Kita sendiri perlu belajar mencari duit, perlu belajar menguatkan diri agar tidak menyusahkan mereka. Tetapi kita jangan buang terus ibu bapa dari kehidupan kita. 

Mengadu akan kekurangan kita kepada ibu bapa bukan satu pengurangan kepada berdikari. Duduk dengan mereka dan membiarkan mereka memanjai kita, membayarkan untuk kita bukanlah satu kekurangan kepada berdikari. Banyak meluangkan masa dengan mereka bukanlah satu pengurangan kepada berdikari. Hakikatnya, ibu bapa ini suka apabila kita memerlukan mereka. Hati ini juga akan tenang apabila kita meletakkan diri kita dalam jagaan mereka sebab selain ibu bapa kita tiada yang akan mampu memberikan perasaan yang sama. 

Sekiranya kita menjaga hubungan dengan kedua ibu bapa, nescaya Allah memberikan kekuatan yang tidak terhingga kepada kita. Ketenangan dan kebahagiaan yang sebelum ini kita tidak pernah rasa. 
Saya yakin, sebab saya pernah melaluinya.


✿Done writing~ thanks for reading✿

Majls Perubatan Elektronik Malaysia [MPEM]

Info MPEM 
Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit, bererti memparahkan lagi keadaan yang sedia ada. Manakala dari segi saintifik pula , ikan yang tidak mempunyai sisik mudah diserang virus (kuman), segala radiasi, toksik dan bahan kimia. Antara hikmah Allah menciptakan sisik adalah sebagai sistem pertahanan tubuh badan haiwan tersebut.

Ikan tenggiri, kembung, parang, tongkol, bilis dan seumpamanya termasuk jenis yang bersisik dan boleh di makan walaupun sisiknya kecil dan sedikit. Sebenarnya ikan yang tidak bersisik ini mengandungi logam jenis  kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat. Biasanya kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik, pembuatan aloi, plastik selain memantapkan baja fosfat.

Kandungan kadmuim juga dikatakan mampu menyebabkan pemakannya berisiko menghidap kanser payu dara, kanser prostat dan berupaya melemahkan fungsi hati serta buah pinggang. Selain menjadi bahan kimia pengganggu endokrin [EDC], kadmuim juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh badan kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium, magnesium dan zat besi.

Bagi mereka yang mempunyai banyak kolesterol dalam badan, kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi seperti udang, durian, makanan bersantan dan bergoreng. Jangan putus makan ubat. Sila buat rawatan susulan selama 3-6 bulan kerana penyakit yang hampir sembuh mungkin akan menyerang semula dan kemungkinan menjadi lebih parah.

Jangan gunakan minyak angin atau gula-gula yang mengandungi camphor atau menthol kerana boleh mengganggu proses pemulihan. Sekiranya berlaku pembongkaran penyakit teruskan pemakanan, gelombang yang dimasukkan ke dalam ubat pasti bertembung dengan gelombang penyakit dalam badan. Jika masih ragu-ragu hubungi klinik kami untuk penjelasan.

Panduan Pemakanan Ubat/ Penawar E.M
Kepada pesakit yang sedang mengamalkan ubat Perubatan Elektronik disarankan berkeyakinan bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua/mati. Kami di Kumpulan Perubatan Elektronik hanya berikthiar dan segala penyembuhan adalah milik Allah. Ubat yang diambil hanyalah perantara/medium/wasilah untuk sembuh

Cara makan ubat
i. Minum air ECPI / air mineral / air kosong sebelum makan ubat
ii. Ubat hendaklah dimakan mengikut arahan yang diberikan iaitu 1/2 biji sehingga 3-5 kali sehari.

Cara menyimpan ubat
i. Jauhkan ubat dari segala punca elektrik dan peralatan elektrik seperti radio, tv, peti sejuk, komputer dan barangan elektronik berfrekuensi tinggi.
ii. Jauhkan dari tempat panas yang boleh menyebabkan ubat menjadi panas / tempat yang kepanasannya melebihi 70 darjah celcius.

Nasihat + Pantang larang ketika dalam rawatan
i. Pada waktu pagi sila minum air sekurang-kurangnya 1 gelas selepas bangun tidur. Ini akan memudahkan proses pembuangan toksin dan bahan kimia di dalam badan. Biasanya segala kekotoran di dalam badan akan keluar melalui empat cara iaitu;
a) perkumuhan air kencing
b) pembuangan air besar
c) pernafasan : batuk/kahak/selsema
d) perkumuhan kulit : peluh/ruam/ gatal-gatal

ii. Minum air sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari. Bagi mereka yang mengalami Dehydration [kekeringan kulit] , minum sehingga bibir menjadi lembab dan segar. Bagi mereka yang menghidap Pneumonia [paru-paru berair] dan Renal Failure [kegagalan buah pinggang] sila ikuti arahan doktor yang khusus tentang minum air.

iii. Tinggalkan pemakanan seafood [makanan laut] / ikan yang tidak mempunyai sisik ; sotong/ketam/kerang/siput/ikan keli/ ikan sembilang/ ikan pari/ ikan duri/ belut. Kerana ikan ikan ini dikenali sebagai pembersih kekotoran di laut dan sungai. Haiwan ini juga diciptakan untuk memakan pelbagai jenis bahan buangan termasuk toksik toksik yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti cancer [barah]


for more info, go to their official website. 
Wisma Gesundheit, 22 Jalan 4/4c, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Malaysia.
Tel: +603-41058811   Fax : +603-41078368                      Secretary Tel: +6013-3434068 

✿Done writing~ thanks for reading✿

Sunday, May 22, 2016

Zihar + Sumpah Ila'

ZIHAR


bermaksud belakang. Apabila suami mengatakan bahawa isterinya seperti belakang ibunya, maka berlakulah zihar. dalam konteks zihar, dua aspek utama yang menjadi perhatian. Pertama, perkataan belakang hanya sebagai kiasan sahaja sedangkan secara hakikatnya ia merangkumi semua anggota tubuh badan kecuali mata kerana ia bukan zihar yang jelas.


Oleh itu, jika diniatkan sebagai satu penghormatan maka tidak menjadi zihar. Sebaliknya jika diniatkan talak maka menjadi zihar. Kedua ialah wanita yang menjadi perbandingan ialah wanita yang haram dikahwini oleh suami. Jika kita telitikan apa yang dimaksudkan oleh zihar menurut Imam Syafie, lafaz suami menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita Mahram Muabbad kepada suami [ kekal haram dikahwini ]

Zihar pada budaya arab adalah menyamakan isteri dengan punggung ibu lelaki tersebut dengan tujuan menghinanya dan merendah-rendahkannya dan juga menghinanya dan juga mengimplikasikan zihar tetapi gurauan dan sendaan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai niat tersebut tidak membawa kepada zihar.


Kaffarah


Setiap suami yang sah talaknya sah ziharnya. Zihar boleh berlaku secara kekal dan secara sementara. Zihar sementara ditentukan masanya seperti sebulan, tetapi zihar kekal tidak ditentukan masanya. Setelah melakukan zihar jika pihak suami mahu kembali bersama isterinya maka dia dikenakan membayar kaffarah. Jika pihak suami tidak membayar kaffarah maka dia mesti menceraikan isterinya.


Kaffarah zihar ialah membebaskan hamba, jika tidak mampu hendaklah memberi makan atau pakaian kepada 60 orang fakir miskin, jika itu masih lagi tidak mampu maka hendaklah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Suami yang melakukan zihar mestilah membayar kaffarah sebelum melakukan perhubungan kelamin dengan isterinya. Perbuatan zihar mungkin berlaku jika suami jahil tentang hukum hakam.


Rukun

a) Suami
b) Isteri
c) Perkara yang diserupakan
d) Lafaz zihar



Syarat berlakunya Zihar


1] disepakati oleh jumhur ulama



i. Anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan disekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan , kepala, kaki, rambut dan lain-lain. Demikian pandangan kebanyakan ulama, Ulama Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar. Pandangan yang rajah adalah pandangan Jumhur.


ii. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki samada tahrim secara berkekalan / keturunan / susuan dan musoharah. Seperti ibu, anak, adik beradik, pakcik, makcik  dan lain lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hassan al-Basri , Ato' Abi Rabah, As- Sya'bi, An-Nakhaie, Al-Awzaie, Abu Thaur, Abu Ubaid, Ishak Rahawih.

Pandangan Imam Syafie dalam qawl qadim tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl jadid Imam Syafie meminda ijtihadnya dengan menggunakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu. Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain , tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar.

Imam Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar sekiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sedimikian.





__________________________________________________________________________________________





SUMPAH ILA' 
Ila adalah sumpah suami untuk tidak mendatangi isterinya dalam jangka waktu tertentu di mana suami bersumpah untuk tidak menyetubuhi semua atau sebahagiani isterinya.



Jangka Waktu Ila' 
Terdapat dua jangka waktu yang diucapkan suami,

1. Waktu Ila' bawah 4 bulan
2. Waktu Ila' atas 4 bulan


1. Waktu Ila' bawah 4 bulan 


Apabila suami bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya dalam jangka waktu di bawah 4 bulan, yang lebih baik bagi suami adalah membatalkan sumpahnya , membayar kaffarah sumpah, kemudian kembali menyetubuhi isterinya. Saranan ini datang daripada Rasulullah saw sendiri yang bermaksud:


"Barangsiapa bersumpah atas suatu hal, lalu ia melihat yang selain sumpah tersebut lebih baik, datangilah yang dia lebih baik tersebut dan hendaknya ia membatalkan sumpahnya." 
                                                                                                             Hadis Riwayat Muslim


Sekiranya suami tidak membatalkan sumpahnya, hendaklah isteri itu bersabar sehingga batas waktu ila' yang diucapkannya dahulu berakhir tempoh masanya.


2. Waktu Ila' atas 4 bulan


Adapun jika suami bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya selama-lamanya dengan mengucapkan waktu tertentu yang lebih dari empat bulan, sang suami biasa membatalkan sumpahnya, membayar kafarah, setelah itu boleh kembali menyetubuhi isterinya. Namun jika ia tidak membatalkan sumpahnya, isteri menunggu sampai waktu ila habis hingga empat bulan. Setelah itu, isteri meminta atau memberikan dua pilihan kepada suami untuk menyetubuhinya menceraikan dirinya sahaja.


 Jika suami memilih pilihan yang pertama tentu sahaja rumahtangga mereka akan bersambung semula dan jika suami memilih untuk pilihan yang kedua, maka tetaplah jatuh talak secara automatik meskipun suami tidak mengucapkan lafaz talak sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Para lelaki yang mengila'kan isterinya , haruslah menunggu selama empat bulan. Kemudian, jika mereka kembali [kepada isterinya] , sungguh Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang, dan jika mereka berketetapan hati untuk menjatuhkan cerai , sungguh Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."



Kaffarah (denda) 


Pada hakikatnya ila' adalah sumpah. Oleh kerana itu, kaffarah ila' adalah sebagaimana kaffarah sumpah yang disebutkan Allah dalam surah Al-Maaidah, ayat 59 yang bermaksud:

"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak disengaja [untuk bersumpah] tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah  yang sengaja. Maka kaffarahnya [denda perlanggaran sumpah] adalah memberikan makanan kepada sepuluh orang miskin iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu" 


Makanya dari ayat di atas dapatlah fahami bahawa kaffarah sumpah itu:


1) Memberikan makan kepada sepuluh orang miskin atau
2) Memberikan pakaian kepada sepuluh orang miskin
3) Memerdekakan seorang budak
4) Apabila tidak mampu melaksanakan salah satu dari ketiga tiga alternatif di atas, kaffarahnya adalah berpuasa selama tiga hari. Akan tetapi , orang yang ingin menebus kaffarah ila' atau sumpah tidak boleh langsung memilih alternatif keempat ini apabila ia secara financial atau fizik masih mampu melakukan salah satu dari tiga alternatif kaffarah di atas.



✿Done writing~ thanks for reading✿

Thursday, May 12, 2016

Pertunangan

   Pertunangan membawa maksud ikatan ataupun perjanjian daripada seorang lelaki untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang halal dikahwini ataupun pertunangan juga boleh dikatakan sebagai pernyataan hasrat dari seorang lelaki untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri.

  Dalam istilah arab, pertunangan ini dipanggil khitbah yang membawa maksud yang sama iaitu hasrat seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri yang sah.

 Dalil Al-Quran

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 235 bermaksud :

 "Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka ( yang demikian itu tidaklah salah ) akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain daripada menyebutkan kata-kata ( secara sindiran ) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh ( hendak melakukan ) akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyabar,

Pertunangan dengan seseorang perempuan boleh diadakan dengan dua syarat :

 a) Bahawa pada masa pertunangan itu tidak ada halangan kepada perkahwinan antara pihak-pihak.
 b) Bahawa dia belum ditunangkan kepada seorang lain


Dalil Hadis

Terdapat beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai pertunangan.

1. Dari Ibn Umar, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak boleh meminang seseorang atas pinangan             saudaranya"

2. Uthman Bin Affan meriwayatkan :  "Seorang muhrim tidak boleh berkahwin / mengaturkan        perkahwinan seorang lain / membuat pinangan perkahwinan"

3. Dari Jabir Bin Abdullah, Rasulullah bersabda : "Jika seseorang dari kamu mahu meminang         seorang perempuan, kalau boleh lihat dahulu  apa yang menjadi daya tarik untuk mengahwininya"


Apabila suatu pertunangan dibatalkan dengan persetujuan kedua-dua pihak tidaklah baik jika pihak lelaki menuntut balik pemberian-pemberian tersebut . Jika perempuan / keluarganya dengan sukarela memberi balik pemberian itu, pihak lelaki dibenarkan mengambilnya.


Syarat Pertunangan

Pertunangan dengan seorang perempuan boleh diadakan dengan dua syarat.

a) Bahawa pada masa pertunangan itu tidak ada halangan kepada perkahwinan antara pihak-pihak.
b) Bahawa dia belum ditunangkan kepada seorang lain.

#pertunangan hanya satu perjanjian untuk mengadakan perkahwinan dan tidak mewujudkan perkahwinan. Mana-mana pihak boleh membatakan perjanjian itu jika ada sebab yang sah.


Pendapat Mazhab 

Mazhab Hanafi
Jika hadiah pertunangan itu masih sempurna dan belum menukar keadaannya / dimakan / dimusnahkan, pemberi boleh meminta balik hadiah-hadiah pertunangan itu.

contoh: rantai leher / cincin / gelang / jam tangan / kain / barang yang boleh dipulangkan. Jika barang itu tiada / telah dimakan / dijual / hilang / digunakan untuk membuat baju, tidak ada lagi hak untuk meminta barang itu.


Mazhab Maliki
Jika kemungkiran janji pihak lelaki, dia tidak berhak meminta balik hadiah-hadiah yang diberi olehnya.
Jika kemungkiran itu oleh pihak perempuan , lelaki itu boleh meminta balik hadiah yang diberi olehnya, sama ada hadiah itu masih ada / tidak.
Jika hadiah itu telah dimusnahkan, harganya harus dibayar.


Mazhab Syafie
Jika barang itu masih ada , barang-barang itu hendaklah dikembalikan sama ada dia masih wujud / tidak
Jika barang itu masih ada, barang-barang itu hendaklah dikembalikan.
Jika barang-barang itu telah dimakan / digunakan / telah hilang, harganya hendaklah dikembalikan.


Mahkamah Syariah di Tanta , Mesir , telah memberi keputusan pada tahun 1933 mengikut pendapat Mazhab Hanafi. Telah diputuskan:

a. Semua barang-barang yang diberi oleh satu pihak kepada pihak yang lain itu kecuali barang-barang     untuk digunakan dalam perkahwinan itu adalah dianggap sebagai hadiah.

b. Undang-undang mengenai barang-barang itu mengikut undang-undang mengenai hadiah.

c. Oleh kerana itu, barang-barang itu menjadi hak milik penerima dan penerima itu boleh                        menggunakan barang-barang itu / menjual belinya

d.  Mana-mana barang yang telah dipergunakan / dimusnahkan tidak boleh lagi dikembalikan

e. Pemberi hadiah itu boleh memintanya balik jika ianya masih wujud / masih ada.



Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 

UU Keluarga Islam Kelantan 1983
Jika seseorang telah mengikat sesuatu perjanjan pertunangan mengikut hukum syarak sama ada secara lisan / secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian / melalui seseorang perantaraan dan kemudian berlaku kemungkiran, maka kedua-dua pihak hendaklah memulangkan hadiah masing-masing jika ada.

UU Keluarga Islam Kedah 1984
Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak sama ada secara lisan / secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian / melalui seorang perantaraan, kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab-sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju untuk berkahwin, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan


UU Keluarga Islam Melaka 1983
Jika seseorang telah mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan / bertulis , sama ada secara bersendirian / perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa apa-apa sebab yang sah maka pihak yang mungkir bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan / nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati.

Dalam kes Nafsiah lwn abd Majid
-telah diputuskan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil Malaya mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan gantirugi daripada kemungkiran perjanjian hendak berkahwin , walaupun pihak-pihak dalam kes itu Islam.

-telah diputuskan tuntutan itu boleh dibuat sebagai kemungkiran kontrak dibawah Akta kontrak 1950. pihak kena tuntut telah mungkir janji, dan pihak kena tuntut berhak mendapat gantirugi yang ditaksirkan berjumlah RM 1,200



✿Done writing~ thanks for reading✿