ZIHAR
bermaksud belakang. Apabila suami mengatakan bahawa isterinya seperti belakang ibunya, maka berlakulah zihar. dalam konteks zihar, dua aspek utama yang menjadi perhatian. Pertama, perkataan belakang hanya sebagai kiasan sahaja sedangkan secara hakikatnya ia merangkumi semua anggota tubuh badan kecuali mata kerana ia bukan zihar yang jelas.
Oleh itu, jika diniatkan sebagai satu penghormatan maka tidak menjadi zihar. Sebaliknya jika diniatkan talak maka menjadi zihar. Kedua ialah wanita yang menjadi perbandingan ialah wanita yang haram dikahwini oleh suami. Jika kita telitikan apa yang dimaksudkan oleh zihar menurut Imam Syafie, lafaz suami menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita Mahram Muabbad kepada suami [ kekal haram dikahwini ]
Zihar pada budaya arab adalah menyamakan isteri dengan punggung ibu lelaki tersebut dengan tujuan menghinanya dan merendah-rendahkannya dan juga menghinanya dan juga mengimplikasikan zihar tetapi gurauan dan sendaan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai niat tersebut tidak membawa kepada zihar.
Kaffarah
Setiap suami yang sah talaknya sah ziharnya. Zihar boleh berlaku secara kekal dan secara sementara. Zihar sementara ditentukan masanya seperti sebulan, tetapi zihar kekal tidak ditentukan masanya. Setelah melakukan zihar jika pihak suami mahu kembali bersama isterinya maka dia dikenakan membayar kaffarah. Jika pihak suami tidak membayar kaffarah maka dia mesti menceraikan isterinya.
Kaffarah zihar ialah membebaskan hamba, jika tidak mampu hendaklah memberi makan atau pakaian kepada 60 orang fakir miskin, jika itu masih lagi tidak mampu maka hendaklah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Suami yang melakukan zihar mestilah membayar kaffarah sebelum melakukan perhubungan kelamin dengan isterinya. Perbuatan zihar mungkin berlaku jika suami jahil tentang hukum hakam.
Rukun
a) Suami
b) Isteri
c) Perkara yang diserupakan
d) Lafaz zihar
Syarat berlakunya Zihar
1] disepakati oleh jumhur ulama
i. Anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan disekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan , kepala, kaki, rambut dan lain-lain. Demikian pandangan kebanyakan ulama, Ulama Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar. Pandangan yang rajah adalah pandangan Jumhur.
ii. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki samada tahrim secara berkekalan / keturunan / susuan dan musoharah. Seperti ibu, anak, adik beradik, pakcik, makcik dan lain lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hassan al-Basri , Ato' Abi Rabah, As- Sya'bi, An-Nakhaie, Al-Awzaie, Abu Thaur, Abu Ubaid, Ishak Rahawih.
Pandangan Imam Syafie dalam qawl qadim tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl jadid Imam Syafie meminda ijtihadnya dengan menggunakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu. Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain , tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar.
Imam Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar sekiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sedimikian.
__________________________________________________________________________________________
SUMPAH ILA'
Ila adalah sumpah suami untuk tidak mendatangi isterinya dalam jangka waktu tertentu di mana suami bersumpah untuk tidak menyetubuhi semua atau sebahagiani isterinya.
Jangka Waktu Ila'
Terdapat dua jangka waktu yang diucapkan suami,
1. Waktu Ila' bawah 4 bulan
2. Waktu Ila' atas 4 bulan
1. Waktu Ila' bawah 4 bulan
Apabila suami bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya dalam jangka waktu di bawah 4 bulan, yang lebih baik bagi suami adalah membatalkan sumpahnya , membayar kaffarah sumpah, kemudian kembali menyetubuhi isterinya. Saranan ini datang daripada Rasulullah saw sendiri yang bermaksud:
"Barangsiapa bersumpah atas suatu hal, lalu ia melihat yang selain sumpah tersebut lebih baik, datangilah yang dia lebih baik tersebut dan hendaknya ia membatalkan sumpahnya."
Hadis Riwayat Muslim
Sekiranya suami tidak membatalkan sumpahnya, hendaklah isteri itu bersabar sehingga batas waktu ila' yang diucapkannya dahulu berakhir tempoh masanya.
2. Waktu Ila' atas 4 bulan
Adapun jika suami bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya selama-lamanya dengan mengucapkan waktu tertentu yang lebih dari empat bulan, sang suami biasa membatalkan sumpahnya, membayar kafarah, setelah itu boleh kembali menyetubuhi isterinya. Namun jika ia tidak membatalkan sumpahnya, isteri menunggu sampai waktu ila habis hingga empat bulan. Setelah itu, isteri meminta atau memberikan dua pilihan kepada suami untuk menyetubuhinya menceraikan dirinya sahaja.
Jika suami memilih pilihan yang pertama tentu sahaja rumahtangga mereka akan bersambung semula dan jika suami memilih untuk pilihan yang kedua, maka tetaplah jatuh talak secara automatik meskipun suami tidak mengucapkan lafaz talak sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
"Para lelaki yang mengila'kan isterinya , haruslah menunggu selama empat bulan. Kemudian, jika mereka kembali [kepada isterinya] , sungguh Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang, dan jika mereka berketetapan hati untuk menjatuhkan cerai , sungguh Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
Kaffarah (denda)
Pada hakikatnya ila' adalah sumpah. Oleh kerana itu, kaffarah ila' adalah sebagaimana kaffarah sumpah yang disebutkan Allah dalam surah Al-Maaidah, ayat 59 yang bermaksud:
"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak disengaja [untuk bersumpah] tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang sengaja. Maka kaffarahnya [denda perlanggaran sumpah] adalah memberikan makanan kepada sepuluh orang miskin iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu"
Makanya dari ayat di atas dapatlah fahami bahawa kaffarah sumpah itu:
1) Memberikan makan kepada sepuluh orang miskin atau
2) Memberikan pakaian kepada sepuluh orang miskin
3) Memerdekakan seorang budak
4) Apabila tidak mampu melaksanakan salah satu dari ketiga tiga alternatif di atas, kaffarahnya adalah berpuasa selama tiga hari. Akan tetapi , orang yang ingin menebus kaffarah ila' atau sumpah tidak boleh langsung memilih alternatif keempat ini apabila ia secara financial atau fizik masih mampu melakukan salah satu dari tiga alternatif kaffarah di atas.