Info MPEM
Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit, bererti memparahkan lagi keadaan yang sedia ada. Manakala dari segi saintifik pula , ikan yang tidak mempunyai sisik mudah diserang virus (kuman), segala radiasi, toksik dan bahan kimia. Antara hikmah Allah menciptakan sisik adalah sebagai sistem pertahanan tubuh badan haiwan tersebut.
Ikan tenggiri, kembung, parang, tongkol, bilis dan seumpamanya termasuk jenis yang bersisik dan boleh di makan walaupun sisiknya kecil dan sedikit. Sebenarnya ikan yang tidak bersisik ini mengandungi logam jenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat. Biasanya kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik, pembuatan aloi, plastik selain memantapkan baja fosfat.
Kandungan kadmuim juga dikatakan mampu menyebabkan pemakannya berisiko menghidap kanser payu dara, kanser prostat dan berupaya melemahkan fungsi hati serta buah pinggang. Selain menjadi bahan kimia pengganggu endokrin [EDC], kadmuim juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh badan kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium, magnesium dan zat besi.
Bagi mereka yang mempunyai banyak kolesterol dalam badan, kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi seperti udang, durian, makanan bersantan dan bergoreng. Jangan putus makan ubat. Sila buat rawatan susulan selama 3-6 bulan kerana penyakit yang hampir sembuh mungkin akan menyerang semula dan kemungkinan menjadi lebih parah.
Jangan gunakan minyak angin atau gula-gula yang mengandungi camphor atau menthol kerana boleh mengganggu proses pemulihan. Sekiranya berlaku pembongkaran penyakit teruskan pemakanan, gelombang yang dimasukkan ke dalam ubat pasti bertembung dengan gelombang penyakit dalam badan. Jika masih ragu-ragu hubungi klinik kami untuk penjelasan.
Panduan Pemakanan Ubat/ Penawar E.M
Kepada pesakit yang sedang mengamalkan ubat Perubatan Elektronik disarankan berkeyakinan bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua/mati. Kami di Kumpulan Perubatan Elektronik hanya berikthiar dan segala penyembuhan adalah milik Allah. Ubat yang diambil hanyalah perantara/medium/wasilah untuk sembuh
Cara makan ubat
i. Minum air ECPI / air mineral / air kosong sebelum makan ubat
ii. Ubat hendaklah dimakan mengikut arahan yang diberikan iaitu 1/2 biji sehingga 3-5 kali sehari.
Cara menyimpan ubat
i. Jauhkan ubat dari segala punca elektrik dan peralatan elektrik seperti radio, tv, peti sejuk, komputer dan barangan elektronik berfrekuensi tinggi.
ii. Jauhkan dari tempat panas yang boleh menyebabkan ubat menjadi panas / tempat yang kepanasannya melebihi 70 darjah celcius.
Nasihat + Pantang larang ketika dalam rawatan
i. Pada waktu pagi sila minum air sekurang-kurangnya 1 gelas selepas bangun tidur. Ini akan memudahkan proses pembuangan toksin dan bahan kimia di dalam badan. Biasanya segala kekotoran di dalam badan akan keluar melalui empat cara iaitu;
a) perkumuhan air kencing
b) pembuangan air besar
c) pernafasan : batuk/kahak/selsema
d) perkumuhan kulit : peluh/ruam/ gatal-gatal
ii. Minum air sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari. Bagi mereka yang mengalami Dehydration [kekeringan kulit] , minum sehingga bibir menjadi lembab dan segar. Bagi mereka yang menghidap Pneumonia [paru-paru berair] dan Renal Failure [kegagalan buah pinggang] sila ikuti arahan doktor yang khusus tentang minum air.
iii. Tinggalkan pemakanan seafood [makanan laut] / ikan yang tidak mempunyai sisik ; sotong/ketam/kerang/siput/ikan keli/ ikan sembilang/ ikan pari/ ikan duri/ belut. Kerana ikan ikan ini dikenali sebagai pembersih kekotoran di laut dan sungai. Haiwan ini juga diciptakan untuk memakan pelbagai jenis bahan buangan termasuk toksik toksik yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti cancer [barah]
for more info, go to their official website.
Wisma Gesundheit, 22 Jalan 4/4c, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Malaysia.
Tel: +603-41058811 Fax : +603-41078368 Secretary Tel: +6013-3434068