Pertunangan membawa maksud ikatan ataupun perjanjian daripada seorang lelaki untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang halal dikahwini ataupun pertunangan juga boleh dikatakan sebagai pernyataan hasrat dari seorang lelaki untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
Dalam istilah arab, pertunangan ini dipanggil khitbah yang membawa maksud yang sama iaitu hasrat seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri yang sah.
Dalil Al-Quran
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 235 bermaksud :
"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka ( yang demikian itu tidaklah salah ) akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain daripada menyebutkan kata-kata ( secara sindiran ) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh ( hendak melakukan ) akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyabar,
Pertunangan dengan seseorang perempuan boleh diadakan dengan dua syarat :
a) Bahawa pada masa pertunangan itu tidak ada halangan kepada perkahwinan antara pihak-pihak.
b) Bahawa dia belum ditunangkan kepada seorang lain
Dalil Hadis
Terdapat beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai pertunangan.
1. Dari Ibn Umar, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak boleh meminang seseorang atas pinangan saudaranya"
2. Uthman Bin Affan meriwayatkan : "Seorang muhrim tidak boleh berkahwin / mengaturkan perkahwinan seorang lain / membuat pinangan perkahwinan"
3. Dari Jabir Bin Abdullah, Rasulullah bersabda : "Jika seseorang dari kamu mahu meminang seorang perempuan, kalau boleh lihat dahulu apa yang menjadi daya tarik untuk mengahwininya"
Apabila suatu pertunangan dibatalkan dengan persetujuan kedua-dua pihak tidaklah baik jika pihak lelaki menuntut balik pemberian-pemberian tersebut . Jika perempuan / keluarganya dengan sukarela memberi balik pemberian itu, pihak lelaki dibenarkan mengambilnya.
Syarat Pertunangan
Pertunangan dengan seorang perempuan boleh diadakan dengan dua syarat.
a) Bahawa pada masa pertunangan itu tidak ada halangan kepada perkahwinan antara pihak-pihak.
b) Bahawa dia belum ditunangkan kepada seorang lain.
#pertunangan hanya satu perjanjian untuk mengadakan perkahwinan dan tidak mewujudkan perkahwinan. Mana-mana pihak boleh membatakan perjanjian itu jika ada sebab yang sah.
Pendapat Mazhab
Mazhab Hanafi
Jika hadiah pertunangan itu masih sempurna dan belum menukar keadaannya / dimakan / dimusnahkan, pemberi boleh meminta balik hadiah-hadiah pertunangan itu.
contoh: rantai leher / cincin / gelang / jam tangan / kain / barang yang boleh dipulangkan. Jika barang itu tiada / telah dimakan / dijual / hilang / digunakan untuk membuat baju, tidak ada lagi hak untuk meminta barang itu.
Mazhab Maliki
Jika kemungkiran janji pihak lelaki, dia tidak berhak meminta balik hadiah-hadiah yang diberi olehnya.
Jika kemungkiran itu oleh pihak perempuan , lelaki itu boleh meminta balik hadiah yang diberi olehnya, sama ada hadiah itu masih ada / tidak.
Jika hadiah itu telah dimusnahkan, harganya harus dibayar.
Mazhab Syafie
Jika barang itu masih ada , barang-barang itu hendaklah dikembalikan sama ada dia masih wujud / tidak
Jika barang itu masih ada, barang-barang itu hendaklah dikembalikan.
Jika barang-barang itu telah dimakan / digunakan / telah hilang, harganya hendaklah dikembalikan.
Mahkamah Syariah di Tanta , Mesir , telah memberi keputusan pada tahun 1933 mengikut pendapat Mazhab Hanafi. Telah diputuskan:
a. Semua barang-barang yang diberi oleh satu pihak kepada pihak yang lain itu kecuali barang-barang untuk digunakan dalam perkahwinan itu adalah dianggap sebagai hadiah.
b. Undang-undang mengenai barang-barang itu mengikut undang-undang mengenai hadiah.
c. Oleh kerana itu, barang-barang itu menjadi hak milik penerima dan penerima itu boleh menggunakan barang-barang itu / menjual belinya
d. Mana-mana barang yang telah dipergunakan / dimusnahkan tidak boleh lagi dikembalikan
e. Pemberi hadiah itu boleh memintanya balik jika ianya masih wujud / masih ada.
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam
UU Keluarga Islam Kelantan 1983
Jika seseorang telah mengikat sesuatu perjanjan pertunangan mengikut hukum syarak sama ada secara lisan / secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian / melalui seseorang perantaraan dan kemudian berlaku kemungkiran, maka kedua-dua pihak hendaklah memulangkan hadiah masing-masing jika ada.
UU Keluarga Islam Kedah 1984
Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak sama ada secara lisan / secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian / melalui seorang perantaraan, kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab-sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju untuk berkahwin, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan
UU Keluarga Islam Melaka 1983
Jika seseorang telah mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan / bertulis , sama ada secara bersendirian / perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa apa-apa sebab yang sah maka pihak yang mungkir bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan / nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati.
Dalam kes Nafsiah lwn abd Majid
-telah diputuskan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil Malaya mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan gantirugi daripada kemungkiran perjanjian hendak berkahwin , walaupun pihak-pihak dalam kes itu Islam.
-telah diputuskan tuntutan itu boleh dibuat sebagai kemungkiran kontrak dibawah Akta kontrak 1950. pihak kena tuntut telah mungkir janji, dan pihak kena tuntut berhak mendapat gantirugi yang ditaksirkan berjumlah RM 1,200