Wednesday, December 28, 2016

Wasiat dan Wisoyyah

LATAR BELAKANG WASIAT 

Pada zaman permulaan Islam , orang-orang Islam diberikan hak sepenuhnya untuk menulis wasiat, dengan syarat wasiat tersebut hendaklah ditujukan kepada ibu bapa dan sanak saudara. Namun kemudiannya Islam telah mengenakan syarat, wasiat hanyalah kepada bukan waris dan tidak melebihi satu pertiga [1/3] daripada harta peninggalan. Begitu juga Islam telah menghapuskan adat buruk masyarakat Arab Jahiliyyah iaitu melarang kaum wanita dan kanak-kanak dari mendapat wasiat. 

Surah An-Nisa : Ayat 7
Bagi lelaki ada bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada bahagian dari peninggalan ibu bapa kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang ditetapkan 

DEFINISI 
- Berasal daripada lafaz wassa yang bermaksud menyambung, menyampaikan, memberikan, menjanjikan hak pemilikan harta selepas kematian
- Wasiat dari segi istilah pula ialah pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia, sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak.
- Menurut mazhab syafie , wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak.
- Abdul Karim Zaydan, wasiat ialah memberi milik kepada seseorang secara sukarela yang dilaksanakan selepas kematian pewasiat sama ada benda atau manfaat

HUKUM WASIAT 

Surah Al-Baqarah : 180 
Diwajibkan ke atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kerabatnya secara makruf. Ini adalah kewajipan atas orang yang bertakwa 

- namun kewajipan itu dimansuhkan dengan ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan pusaka. Cuma amalan berwasiat masih digalakkan dengan dengan had maksimum 1/3 sahaja daripada harta dan diberikan kepada selain ahli waris. Ayat ini telah dimansuhkan setelah turun ayat 11 Surah An-Nisa dan juga hadith tidak boleh berwasiat untuk waris. Namun wasiat hanya tidak boleh kepada waris sahaja. Bukan waris masih dibolehkan. 

-mengikut pendapat mazhab sunni yang 4 + al- zaidiyyah bahawa sesungguhnya wasiat itu tidak difardhukan ke atas setiap orang yang mempunyai harta dan tidak difardhukan untuk kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak menjadi waris , akan tetapi hukumnya adalah bergantung kepada keadaan tertentu, contohnya :
i. wajib : jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.

ii. sunat : jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.

iii. harus : jika berwasiat kepada sahabat handai/ orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan berilmu dan beramal soleh

iv. makruh : jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai serta memerlukan harta

v. haram : jika berwasiat kepada perkara yang haram

PRINSIP WASIAT DALAM ISLAM
-wasiat bukan pada waris dan tidak lebih 1/3
- wasiat semasa hidup sah dan mengikut hukum syarak
-perkataan difahami ada makna wasiat
-wasiat tidak cukup umur /gila tidak sah
-wasiat waris sah jika dipersetujui waris selepas kematian pewasiat
-wasiat dibuat selepas ditolak hutang
-wasiat tidak sah kepada pembunuh


RUKUN WASIAT

PEWASIAT
-pewasiat hendaklah seorang yang mukallaf [baligh dan berakal], merdeka dan dengan pilihan sendiri serta pemilik kepada harta yang diwasiatkan

PENERIMA WASIAT
-penerima wasiat hendaklah diketahui [kecuali untuk perkara kebajikan], wujud pada masa kematian pewasiat, berkahlian memiliki harta dan bukan waris mengikut pendapat jumhur ulama' [hanafi, maliki, syafie. hambali]
-penerima wasiat juga boleh terdiri daripada golongan fakir miskin , ulama' ,masjid, sekolah dan sebagainya yang berbentuk umum dan tidak dikhususkan , tetapi wasiat tersebut bukanlah bertujuan maksiat

HARTA / PERKARA YANG DIWASIATKAN
- harta yang diwasiatkan sama ada harta alih / tak alih /manfaat yang bernilai di sisi syarak , boleh dipindah milik selepas kematian pewasiat dan wujud dalam milikan pewasiat [jika ditentukan] /wujud semasa kematian pewasiat [jika tidak ditentukan]

SIGHAH [IJAB QABUL]
-sighah wasiat boleh berlaku sama ada secara sarih / kinayah dan sama ada melalui lisan / tulisan / isyarat. syarat sighah ialah ;

a) qabul / penerimaan dianggap sah jika dibuat selepas kematian pemberi wasiat . Penerimaan / penolakan yang dibuat pada masa hidup pemberi wasiat tidak dikira.
b) penerimaan oleh penerima wasiat tidak disyaratkan dengan segera apabila telah berlaku kematian pemberi wasiat
c) sesuatu wasiat itu tidak memerlukan penerimaan sekiranya untuk pihak yang umum yang tidak ditentukan seperti wasiat untuk fakir miskin dan ulama'
d) jika wasiat itu untuk seseorang yang khusus  / orang yang tertentu yang terhad bilangannya maka disyaratkan penerimaan atau persetujuan penerima wasiat sebagai bukti penerimaan kerana ada kemungkinan penerima wasiat menolak wasiat tersebut. Jika berlaku penolakan daripada penerima wasiat maka dikatakan wasiat itu batal.
e) pewasiat boleh meletakkan syarat dalam wasiatnya tetapi hendaklah tidak menyalahi syarak. Pemberi wasiat boleh berwasiat kepada bayi yang masih dalam kandungan dengan syarat bayi tersebut wujud pada masa wasiat itu dibuat dan bayi itu hendaklah dilahirkan hidup.
f) sekiranya penerima wasiat meninggal dunia selepas pewasiat tetapi belum sempat menyatakan sama ada menerima / menolak wasiat tersebut,  maka waris penerima wasiat boleh sama ada menerima / menolak wasiat tersebut


SIAPA YANG PATUT BERWASIAT
-orang yang tidak mempunyai anak
- seseorang yang tidak mempunyai anak lelaki
-seseorang yang mempunyai anak di bawah 18 tahun untuk melantik penjaga bagi anak tersebut
-seseorang yang mempunyai anak angkat/ tiri
- anak angkat / tiri tidak mempunyai hak di bawah hukum Faraid
- ibu / bapa tunggal
- jika suka membuat kebajikan

WISOYYAH / TRUSTEE
- wisoyyah adalah suatu pelupusan harta yang berkonsepkan pengamanahan iaitu pewaris mengamanahkan hartanya kepada seseorang untuk diserahkan kepada penerima wasiat.

hukum
-sunat ; apabila hendak melunaskan hutang
-wajib ; dikhuatiri harta dikuasai oleh orang yang zalim

- pelaksanaan pada zaman Khulafa' Ar- Rasyidin terdapat berlakunya peperangan. Maka amalan wisoyah pada zaman ini menjadi satu amalan bagi menyempurnakan tanggungjawab semasa ketiadaan mereka ketika berperang.
-oleh itu, mereka telah dilantik seseorang untuk diamanahkan harta dan keluarga semasa ketiadaan mereka atau kematian mereka di dalam peperangan.

aplikasi di malaysia
- di dalam pengurusan wisoyah ianya melibatkan akad penyerahan amanah kepada pemegang amanah [executor] . oleh itu terdapat beberapa item yang diamanahkan untuk pembahagian dan pengagihan harta tersebut. Pengagihan ini boleh berlaku ketika mana pembuat amanah tersebut masih hidup atau semasa peninggalannya.

- hanya diuruskan oleh agensi swasta yang berdaftar di bawah Amanah Raya Berhad seperti Zar Perunding Pusaka, OSK Trustee Bhd dan sebagainya. Di dalam pengurusan akad penyerahan amanah orang yang diutamakan adalah seperti waris jika berkemampuan. Jika tiada sesiapa yang dilantik oleh agensi akan menawarkan pihak-pihak tertentu di dalam pengurusan harta tersebut. Kebiasaannya adalah terdiri daripada peguam dan sebagainya.

- di samping itu pihak yang dilantik oleh agensi akan mengambil keuntungan daripada pembahagian harta yang dibuat. Selain itu harta yang diuruskan oleh pemegang amanah [executor] akan sentiasa dikemaskinikan bagi memperbaharui harta yang dimiliki sepanjang kehidupannya sama ada harta tersebut meningkat dan menyusut.

- kaedah mengemaskini harta adalah merupakan faedah yang terdapat di dalam pengurusan wisoyah. Di ARB tidak menawarkan perkhidmatan yang sedemikian. Ini kerana pihak berkenaan tidak mahu menanggung beban di dalam mengemaskini harta, perlantikan pemegang amanah dan sebagainya. Di ARB hanya menguruskan harta ketika mana pihak pembuat wasiat telah meninggal dunia. Kelemahan yang timbul di sini ialah dalam tempoh selepas wasiat itu dibuat.

PROSEDUR DALAM WISOYYAH
- pertemuan dengan wasi [executor]
- pemberitahuan tentang maklumat harta
- senarai waris akan ditentukan
-menetapkan kadar faraid
- senarai harta aset
- senarai tanggungan
-menentukan pembahagian harta

SURAT WASIAT DAN WASIAT WISOYYAH
1. surat wasiat - dokumen perancangan pusaka yang menyatakan Ikrar Pemberian selepas kematian.
         * perlu dinyatakan dengan lengkap secara bertulis - dokumen induk dalam Mahkamah Syariah               untuk tujuan pengesahan wasiat
          *ada pertikaian - wasi bertanggungjawab membuat permohonan pengesahan wasiat di                           Mahkamah Syariah

2. Surat wisoyah - dokumen induk perancangan pusaka kerana melalui surat wisoyah , seorang wasi akan dilantik sebagai pelaksana bagi keseluruhan perancangan yang dibuat

3. Surat wisoyah
    - supporting document yang memudahkan urusan penyelesaian di Pejabat Pusaka Kecil
    - testamentary document yang memudahkan urusan di Mahkamah Tinggi




✿Done writing~ thanks for reading✿

Sunday, December 11, 2016

Simpanan Shariah boleh didapati di KWSP I EPF

Anda boleh memilih supaya simpanan persaraan anda diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah.

APAKAH SIMPANAN SYARIAH?
Simpanan Syariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah. 

CIRI-CIRI 

keahlian 
- terbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama bangsa dan status warganegara

akad 
-tertakluk kepada Akad Simpanan Syariah berdasarkan akad Wakalah

kadar dividen 
- kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum

perakuan Jawatankuasa Penasihat Syariah 
- diperakukan oleh JKPS

pertukaran akaun 
ahli tidak boleh memilih untuk kembali ke simpanan Konvensional selepas tarikh kuatkuasa.


OPERASI  

pendaftaran 
- pendaftaran di kaunter KWSP sahaja

pengeluaran 
- kemudahan pengeluaran sedia ada kekal kecuali Skim Pelaburan Ahli, di mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Syariah yang diluluskan oleh KWSP

pelaburan 
- pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus [ESG] dan prinsip syariah.


CARA PILIH SIMPANAN SYARIAH?  
- ahli perlu hadir diri ke kaunter KWSP untuk membuat cap jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli.


APAKAH YNG PERLU DIBAWA UNTUK PERMOHONAN? 
- Mykad / Passport [bukan warganegara Malaysia]


CARA UNTUK AHLI TAHU JIKA PERMOHONAN SIMPANAN SYARIAH BERJAYA? 
- ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan SMS tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh kuatkuasa pilihan seperti berikut ; 
1. permohonan pilihan simpanan syariah ahli telah diterima
2. tarikh kuatkuasa pilihan simpanan syariah 


PENYUCIAN DIVIDEN & ZAKAT [BAGI AHLI BERAGAMA ISLAM] 
- ahli dikecualikan daripada melakukan penyucian terhadap dividen KWSP yang diterima sebelum bertukar ke Simpanan syariah
- ahli wajib membayar zakat ke atas simpanan KWSP mereka yang layak dikeluarkan sekiranya mencapai nisab [kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas]. Jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada zakat adalah pengeluaran pekerja berpencen dan pengeluaran pesara pilihan , pengeluaran meninggalkan negara, dan pengeluaran melebihi 1 Juta.

*nota penting 
ahli KWSP yang memilih Simpanan syariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuatkuasa dan kembali ke simpanan konvensional


✿Done writing~ thanks for reading✿

Sunday, December 4, 2016

Prinsip Undang-Undang Kontrak

Undang-Undang Kontrak boleh kita dapati sama ada menerusi keputusan mahkamah dari masa ke semasa ataupun dari statut. Undang-undang yang dipakai ialah Akta Kontrak 1950 untuk tujuan membincangkan undang-undang kontrak. Pada asalnya Akta Kontrak 1950 hanya terpakai di Negeri-negeri Melayu sahaja iaitu pada 23 Mei 1950. Kemudian Akta ini disemak semula pada tahun 1974 dan dikenali sebagai Akta Kontrak 1950 [semakan 1974] dan seterusnya diperluaskan lagi pemakaiannya ke Pulau Pinang, Melaka , Sabah dan Sarawak mulai 1 Julai 1974. Sebelum tarikh tersebut, keempat-empat negeri berkenaan telah menggunakan undang-undang kontrak inggeris setakat yang sesuai dengan keadaan tempatan.

Meskipun prinsip undang-undang kontrak dibawa dari England, namun undang-undang kontrak Malaysia pada asasnya mempunyai persamaan dengan undang-undang kontrak India. Ini kerana akta kontrak 1950 yang asal itu dipadankan daripada akta kontrak India 1872 yang mencontohi pula undang-undang Inggers cuma diubahsuai dalam aspek tertentu. Seperti dinyatakan dari awal, prinsip undang-undang kontrak Malaysia dipengaruhi oleh undang-undang kontrak Inggeris. Ini dibuktikan oleh fakta sejarah perundangan di Malaysiasendiri di mana undang-undang Inggeris dikenali sebagai Common Law + Kaedah Ekuiti dibawa masuk ke nagara ini melalui keputusan Mahkamah dari masa ke semasa, dan melalui statut.

 Namun demikian, pemakaian prinsip undang-undang Inggeris ini adalah tertakluk kepada dua syarat:
1. ianya terpakai di dalam ketiadaan statut tempatan mengenai perkara yang hendak diputuskan
2. hanya undang-undang Inggeris yang bersesuaian dengan keadaan tempatan sahaja boleh dipakai

Pemakaian undang-undang sedemikian dapat dilihat secara jelas dalam keputusan kes Shaik Sahied Abdullah v Sockalingam Chettiar. Pada 1 Januari 1879, Ordinan undang-undang sivil 1878 telah dikuatkuasakan di negeri-negeri selat [Melaka, Pulau Pinang, Singapura] di mana seksyen 6 Ordinan memperuntukkan:

Dalam semua soal atau isu yang selepas ini mungkin perlu diputuskan di jajahan ini mengenai undang-undang perkongsian, syarikat stok bersama, syarikat, bank, prinsipal , ejen, insurans laut. Dan mengenai undang-undang perniagaan secara am, undang-undang yang mesti dipakai di England dalam kes yang sama, pada masa yang bersetentangan dengannya, jika soal atau isu seperti itu telah timbul atau perlu diputuskan di England, melainkan dalam mana-mana statut yang sekarang dikuatkuasakan di jajahan ini atau selepas ini akan dikuatkuasakan: kecuali tiada sesuatu yang terkandung di sini boleh dianggap membawa masuk ke jajahan ini mana-mana bahagian undang-undang Inggeris yang berkaitan dengan undang-undang pemegangan tanah

Sementara itu enakmen undang-undang sivil 1937 pula mula dikuatkuasakan di negeri negeri melayu bersekutu [ Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan] pada 12 Mac 1937, Seksyen 2 enakmen memperuntukkan:

(1) melainkan ada terdapat peruntukan lain yang kini atau selepas ini dibuat oleh mana-mana undang bertulis di negeri-negeri melayu bersekutu, Common law Inggeris dan kaedah ekutiti, sebagaimana yang dikuatkuasakan, hendaklah dikuatkuasakan di negeri-negeri melayu bersekutu, melainkan terdapat pengubahsuaian undang-undang atau kaedah-kaedah tersebut oleh statut: dengan syarat Common Law dan Kaedah Ekuiti tersebut akan berkuatkuasa di negeri-negeri melayu bersekutu setakat mana diizinkan oleh hal keadaan yang terdapat dalam negeri-negeri melayu bersekutu dan oleh penduduknya dan tertakluk kepada pengecualian yang dianggap oleh hal keadaan perlu oleh hal keadaan setempat

Enakmen undang-undang sivil 1937 ini meudiannya telah diperkenalkan pemakaiannya ke negeri Johor, Kedah Kelantan, Perlis dan Terengganu apabila Ordinan undang-undang sivil 1951 diluluskan oleh kerajaan. Secara keseluruhannya pengiktirafan kemasukan Common Law dan Kaedah Ekuiti Inggeris ke negara kita berlaku pada tahun 1956 apabila akta undang-undang sivil 1956 diluluskan dan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 7 april 1956, manakala di Sabah dan Sarawak pula pada 1 April 1972. Seksyen 3 (1) akta menyatakan bahawa :

melainkan terdapat peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan di Malaysia, Mahkamah hendaklah: 

(a) di Malaysia barat atau mana-mana bahagiannya, memakai Common Law dan Kaedah Ekuiti seperti mana yang dipakai di England pada 7 April 1956

(b) di Sabah, memakai Common Law dan Kaedah Ekuiti serta statut Am yang dipakai di England pada 1 disember 1951

(c) di Sarawak, memakai Common Law dan Kaedah Ekuiti serta Statut Am yang dipakai di England pada 12 Disember 1949 : Dengan syarat Common Law dan Kaedah Ekuiti dan Statut Am tersebut hendaklah dipakai hanya setakat hal keadaan negeri-negeri di Malaysia dan penduduknya mengizinkan dan juga tertakluk kepada pengubahsuaian setakat yang perlu disebabkan hal keadaan setempat.

Berdasarkan peruntukan undang-undang yang dinyatakan di atas, dapatlah kita membuat kesimpulan iaitu sekiranya timbul isu atau permasalahan yang perlu diputuskan, Mahkamah di Malaysia hendaklah memakai prinsip udang-undang kontrak yang terdapat di England sekiranya statut atau undang-undang bertulis tempatan berkaitan isu tersebut tiada. Ini dapat dilihat dalam kes JM Wotherspoon & Co. Ltd. v Henry Agency House. Hakim Suffian ketika memutuskan persoalan mengenai del credere menyatakan :

Ordinan Kontrak [ negeri-negeri melayu] tidak mempunyai peruntukan tentang soal ini, dengan merujuk kepada seksyen 5 (1) Ordinan Undang-undang sivil. undang-undang yang terpakai di England boleh dipakai di sini

Kes tersebut kemudiannya disokong oleh Hakim Gill dalam persoalan yang sama seperti yang diputuskan dalam kes Royal Insurance Group v David. Walaubagaimanapun samada Akta Kontrak Malaysia dianggap undang-undang yang lengkap atau tidak, kesimpulannya dapat dibuat iaitu undang-undang mengenai perkara yang diperkatakan dalam akta itu hendaklah menyeluruh. Apabila kita merujuk kepada tajuk yang ada dalam buku ini, rujukan masih perlu dibuat kepada prinsip undang-undang Inggeris dan dalam situasi tertentu kita perlu membuat perbandingan Sekiranya terdapat percanggahan antara Akta Kontrak dan prinsip undang-undang Inggeris, maka Akta Malaysia terpakai. Ini dinyatakan dalam kes Song Bok Yoong v Ho Kim Poui.


✿Done writing~ thanks for reading✿

Friday, September 30, 2016

Prinsip ekuiti di bawah undang-undang tanah

The National Land Code is a complete and comprehensive code of law governing the tenure of land in Malaysia and the incidents of it as well as other as other important matters affecting land there and there is no room for the importation of any rules of provides for this. Lord Keith of Kinkel dalam kes United Malayan Banking Corporation Bhd & Anor v Pemungut Hasil Tanah Kota Tinggi.

Petikan di atas merujuk kepada prinsip yang diutarakan di bawah seksyen 6 Akta Sivil 1956 di mana adalah dinyatakan bahawa sebarang prinsip perundangan tanah Inggeris tidak boleh diguna pakai di dalam sistem perundangan tanah di Malaysia. Maka, disebabkan sistem tanah Inggeris berbentuk ataupun berdasarkan prinsip common law dan ekuiti , maka, prinsip-prinsip ini yang digunakan untuk menentukan prinsip perundangan tanah Inggeris tidak boleh digunakan di dalam perundangan tanah Malaysia. Ini adalah kerana Malaysia menggunakan prinsip perundangan yang berdasarkan Torrens System dan Malaysia mempunyai satu kod perundangan tanah iaitu Kanun Tanah Negara 1965.

Oleh kerana Malaysia mempunyai satu kod Kanun Tanah Negara, maka adalah merupakan satu anggapan bahawa setiap isu berkenaan dengan tanah telah dinyatakan dengan jelas di dalam kanun tersebut dan adalah kehendak parlimen, agar kanun tersebut dituruti. Maka, dari segi ini, pernyataan Lord Keith di atas adalah benar iaitu 'The National Land Code is a complete and comprehensive code of law governing the tenure of land in Malaysia...'

Namun demikian, seksyen 6 Akta Sivil , melarang penggunaan prinsip perundangan tanah Inggeris kepada prinsip perundangan tanah Malaysia. Persoalannya adalah, bolehkah prinsip perundangan yang berunsur ekuiti dan 'common law' Inggeris boleh digunakan di dalam perundangan tanah Malaysia? Mengikut seksyen 3 Akta Sivil 1956, prinsip perundangan berbentuk ekuiti dan common law boleh digunakan di dalam perundangan Malaysia khususnya dalam dua keadaan iaitu :

a) bila terdapat lacuna di dalam perundangan Malaysia.
b) hanya boleh digunakan setakat ianya sesuai dengan prinsip perundangan Malaysia


Bolehkah prinsip perundangan tanah Inggeris diterima di dalam system perundangan tanah di Malaysia?

Di dalam kes United Malayan Banking Corp Berhad & Anor v Pemungut Hasil Tanah Kota Tinggi, Lord Keith tidak mengatakan dengan jelas bahawa prinsip Inggeris tidak boleh dipakai di dalam perundangan Malaysia, malah beliau hanya berkata bahawa prinsip yang diungkitkan di dalam kes ini iaitu prinsip 'forfeiture' merupakan suatu prinsip yang khusus kepada prinsip perundangan Inggeris, maka ianya tidak boleh digunakan di dalam prinsip perundangan tanah Negara kerana ia bercanggah dengan seksyen 6 Akta Sivil 1956.

Jemuri Serjan SCJ di dalam kes Malayan United Finance Berhad v Tay Lay Soon [1991] 1 MLJ 504 juga telah menyatakan bahawa prinsip perundangan Inggeris yang berbentuk 'equitable mortgage' juga tidak boleh diterima pakai di dalam negara ini kerana ianya berbentuk prinsip perundangan Inggeris yang dilarang penggunaannya di dalam prinsip perundangan di Malaysia. Kes ini telah mengikut prinsip yang dikemukakan di dalam kes Haji Abdul Rahman & Anor v Mohamed Hassan [1917] Ac 209

Maka menurut kes kes ini prinsip perundangan walaupun berbentuk ekuiti yang menyokong atau digunapakai sebagai sebahagian daripada prinsip perundangan Inggeris ianya tidak boleh diterima oleh mahkamah atas alasan bahawa ianya bercanggah dengan prinsip seksyen 6 Akta Sivil 1956.

Perubahan sikap mahkamah

Persoalan samada prinsip ekuiti dilarang sama sekali dalam penggunaannya di dalam Negara ini telah dijawab dengan jelas oleh Lord Russel of Killowen di dalam kes Oh Hiam & Anor v Tham Kong [1980] 2 MLJ 159 di mana beliau berkata 'The Torrens system is designed to provide simplicity and certitude in transfer of land which is amply achieved without depriving equity of the ability to exercise its jurisdiction in personam on grounds of conscience'.

Dalam kes Loke Yew v Port Swettenham Rubber Company, mahkamah privy telah menyatakan bahawa 'the torrens system does not prevent the court from doing equity where the rights of 3rd party have not intervened. Maka, bolehlah dinyatakan bahawa mahkamah privy juga mengenali suatu hak untuk menggunakan prinsip ekuiti di dalam perundangan tanah Malaysia apabila terdapat keadaan yang memerlukan penggunaan prinsip ekuiti. Prinsip ini dituruti oleh Edgar Joseph Jr J di dalam kes Bhagwan Singh & Co Sdn Bhd v Hock Hin Bros Sdn Bhd [1987] 1 MLJ 324

Setakat manakah dan bilakan ekuiti boleh diungkitkan oleh mahkamah?

Mengikut seksyen 3 Akta Sivil 1956, penggunaan prinsip ekuiti adalah setakat keadaan di mana prinsip perundangan tanah Negara di bawah Kanun Tanah Negara tidak bercanggah dengan prinsip ekuiti yang khususnya digunapakai perundangan Inggeris. Syed Agil Barakbah SCJ di dalam kes Lian Keow Sdn Bhd [in liquidation] & Anor v Overseas Credit finance (M) Sdn Bhd telah menyatakan bahawa keadaan di mana prinsip ekuiti inggeris boleh digunakan di dalam perundangan tanah Negara kita adalah :

A) apabila terdapat personam / hak yang berunsur sebelum pendaftaran hak ataupun kepentingan dibuat

b) jikalau terdapat pendaftaran hak, maka , hak tersebut harus ditentukan berdasarkan prinsip perundangan di bawah Kanun Tanah Negara.

✿Done writing~ thanks for reading✿

Tuesday, June 21, 2016

Amalkan gaya hidup sihat

Saya berusia 41 tahun dan berat badan saya mencecah 75 kg. Rakan cadangkan saya ke pakar estetik untuk menyedut lemak. saya tak mahu gunakan kaedah ini. Boleh doktor cadang kaedah normal yang sesuai? 
Nurul Batrisya Mohamad

Jawapan:
 Kini banyak kaedah moden untuk mendapatkan tubuh langsing. Namun, bukan semua orang sedia menjalani kaedah estetik walaupun ada sesetengah rawatan memberi keputusan pantas. Bagaimanapun anda masih boleh mengurangkan berat badan dengan tertentu. Untuk panduan penurunan berat badan secara sihat pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Saya sarankan anda amalkan gaya hidup sihat dengan kaedah seperti di bawah bagi mendapatkan tubuh menawan dan tampil lebih bergaya.

Rehat satu - dua jam
Tidak dinafikan selepas selesai bersenam, nafsu makan meningkat. Jangan ikutkan perasaan itu. berehatlah satu / dua jam sebelum makan. Begitu juga sebaliknya kalau anda bersenam. Bagi mempercepatkan pemabakaran kalori, anda disarankan melakukan aktiviti olahraga sederhana seperti joging, renang / berbasikal selama 30 -60 minit sebanyak tiga kali seminggu.

Tangani rasa lapar ketika berdiet
Untuk menangani rasa ingin makan ketika berdiet, kita perlu mengawal diri bermula dengan minda. Caranya lakukan relaksasi bagi mengalihkan fikiran pada makanan. Mulakan dengan menarik nafas selama 10 minit kemudian, fikir kembali apakah kita perlu makan / tidak . Kaedah lainyang cukup efektif adalah bersenam.

Wajib bersarapan
Anda mengetahuinya tetapi berbaloi untuk mengulanginya. Sarapan masih menjadi hidangan paling penting dalam sehari. Tidak mengambil hidangan pertama boleh meningkatkan risiko obesiti 4 kali ganda. Jika anda tidak makan sebaik bangun tidur, tubuh kelaparan dan memperlahankan metabolisme. Apabila anda makan, seolah-olah kebuluran dan mengambil lebih daripada sepatutnya mendorong makan mengikut nafsu dengan kadar metabolisme yang rendah.

Kurangkan makanan berwarna putih
Tetapkan makan hidangan pertama, contohnya makan telur putih, omelet atau oat. Kurangkan ambil makanan yang berwarna putih seperti roti, nasi, pasta, gula dan tepung kerana tinggi karbohidrat ringkas. Gantikan dengan telur putih, kubis bunga dan ikan.

✿Done writing~ thanks for reading✿

Monday, June 20, 2016

50 Tips / Cara kekal kebahagiaan

Ada yang kata cinta yang agung adalah seperti Laila Majnun, malah seperti kisah Taj Mahal yang menyaksikan si suami sanggup menghadiahkan istana untuk isteri tersayang. Memang beruntung jika kita ditakdirkan dicinta sebegitu. Namun, ia jarang berlaku kerana manusia mempunyai ego yang kadangkala sukar dimengertikan. Justeru, bagaimana mahu membina cinta agung dan rumah tangga yang romantis sepanjang masa. Di bawah ini ada 50 panduan begi mengekalkan perkahwinan bahagia.

1. Mulakan setiap hari baru dengan kucupan
2. Pastikan anda memakai cincin perkahwinan setiap masa
3. Adakan temu janji seminggu sekali
4. Terima perbezaan pasangan
5. Lemah lembut
6. Bersikap jujur
7. Memberi hadiah kepada pasangan sekali sekala
8. Selalu memberi senyuman kepada pasangan
9. Sentuhan tangan
10. Bercerita mengenai mimpi
11.Pilih lagu yang boleh anda nyanyikan bersama pasangan
12. Sentiasa bersikap memberi dan menerima dengan pasangan
13. Belajar untuk ketawa bersama pasangan
14. Sesekali buat kejutan dengan menghantar kad kepada pasangan anda
15. Buat apa yang pasangan anda mahukan sebelum dia meminta daripada anda
16. Menjadi pendengar yang baik
17. Sentiasa memberi galakan sokongan kepada pasangan
18. Buat apa yang dicadangkan oleh pasangan untuk menggembirakan hatinya
19. Belajar untuk tahu keperluan dan minat pasangan anda
20. Sesekali suami boleh menyediakan sarapan untuk isteri
21. Memuji pasangan anda sekurang-kurangnya dua kali sehari
22. Telefon untuk bertanya sama ada pasangan anda sudah makan atau memberitahu anda sayangkannya
23. Jangan bersikap gopoh-gapah
24. Sentiasa bersabar
25. Biasakan memeluk pasangan anda
26. Sentiasa mendengar dan memberi pandangan
27. Tunjukkan sikap hormat
28. Sentiasa menunggu pasangan pulang ke rumah
29. Sentiasa memberi yang terbaik untuk pasangan
30.Tidak salah sesekali mengelip mata kepada pasangan
31. Sambut harijadi / ulangtahun perkahwinan bersama
32. Sentiasa memaafkan pasangan anda
33. Bersikap menerima kelemahan pasangan anda
34. Sentiasa mewujudkan suasana romantis
35. Sentiasa bertanya "Apa yang boleh saya lakukan untuk buat awak gembira?"
36. Sentiasa berpandangn positif
37. Baik hati
38. Mudah menyesuaikan diri
39. Sentiasa bertindak pantas terhadap kehendak pasangan
40. Selalu bercakap mengenai cinta
41. Sentiasa berusaha mencari masa sesuai bersama
42. Sentiasa bersikap baik dengan rakan / saudara mara pasangan anda
43. Menghantar bunga pada harijadi / ulang tahun perkahwinan
44. Mengaku apabila berbuat kesalahan
45. Sentiasa peka dengan kehendak seksual pasangan anda
46. Sentiasa berdoa kepada pasangan anda setiap hari
47. Katakan "Saya sayangkan kamu" selalu
48. Sebelum tidur peluk pasangan anda
49. Melihat matahari terbenam bersama setiap hari
50. Minta bantuan orang luar hanya apabila memerlukan

✿Done writing~ thanks for reading✿

Saturday, June 11, 2016

Hutan Hujan Dalam Air (terumbu karang)

Terumbu karang terbentuk daripada himpunan eksoskietan lalu berubah menjadi fosil. Termbu karang bersifat keras dan hidup saling bergantung. Pada abad ke-18 setiap polip ada tentakel, mulut, rongga abdomen dan dinding badan. Tentakel berbentuk kelopak bunga mengelilingi bahagian mulut. Bahagian mulut dan rongga abdomen pula bersambung. 

Koral bersembunyi dalam ekosistem pada waktu siang dan aktif apabila malam. Ketika malam menjelma, koral membuka tentakelnya dan menunggu mangsa seperti plankton, krustasia dan ikan. Kebanyakan koral ditumbuhi alga di bahagian pembuangan. Alga pula menjalankan proses fotosintesis dan membekalkan nutrisi kepada koral. Oleh itu, habitat koral di perairan tropika cetek , matahari terik dan bersuhu tinggi. Setiap koral yang bertindan satu sama lain membuatkan sebuah kawasan terkenal dengan terumbu karang. Kandungan oksigen lebih tinggi, kaya dengan makanan dan satu perempat haiwan akuatik di seluruh dunia mendiami kawasan ini. 

✿Done writing~ thanks for reading✿

Menyelam ke dasar laut

Manusia boleh menahan nafas dalam air selama beberapa minit. Sekiranya menyelam dalam dasar laut, kita memerlukan peralatan pernafasan iaitu SCUBA [self-contained underwater breathing apparatus] yang dicipta sekitar tahun 1942. Pada awalnya, atlet menyelam ke dasar laut untuk melatih stamina. Kemudian penggunaannya berkembang dalam kajian dasar laut. SCUBA membolehkan juruselam menyelam sedalam kira-kira 40 meter dan 3.5 jam.

Sekiranya menyelam di tempat lebih dalam, tempoh masa menjadi semakin singkat kerana tekanan air tinggi. Juruselam yang sukar menyesuaikan dirimungkin akan pengsan dan maut. Semasa berenang ke permukaan, kenalah perlahan-lahansupaya badan dapat menerima perubahan tekanan. Ini disebabkan gas bertekanan tinggi dalam darah gagal disingkirkan oleh paru-paru. Kemudian gas berubah menjadi buih lalu mengakibatkan saluran darah tersumbat. Tulang dan sistem saraf yang terjejas menyebabkan juruselam maut. Kesemua gejala ini merupakan penyakit dekompresi.

Tips keselamatan tatkala menyelam
1. Lakukan latihan senaman secukupnya terlebih dahulu supaya badan berada dalam stamina memuaskan.

2. Sebelum menyelam, juruselam mesti memeriksa keadaan persekitaran [cuaca, air pasang surut dan peralatan].

3. Jangan menyelam bersendirian. Menyelamlah bersama kawan dan pada masa yang sama periksa kedalaman air dan kuantiti oksigen.

4. Sekiranya menyelam di tempat asing, biarkan orang tempatan mengetuai ekspedisi.

5. Sekiranya mendapati peralatan bermasalah dan badan kurang sihat, lupakan niat untuk menyelam.

6. Semasa berenang ke permukaan, pastikan juruselam dan peralatan berada dalam keadaan normal.

✿Done writing~ thanks for reading✿

Friday, May 27, 2016

Kerajaan beri PAS laluan ; DAP + Amanah bantah

SELEPAS 20 TAHUN TERHALANG, RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH AKHIRNYA DIBENTANG DI PARLIMEN *USUL DIBAWA EMPAT KALI SEJAK 1995 [PINDAAN RUU MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 2016

 Hadi ketika membentangkan pindaan pada Sidang Dewan Rakyat, semalam.

Kuala Lumpur;
Presiden PAS , Datuk Seri Hadi Awang, semalam mencipta sejarah menjadi Ahli Parlimen pembangkang pertama membentangkan RUU Persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016. Beliau membentangkan RUU Mahkamah Syariah [bidang kuasa jenayah] pindaan 2016 itu bagi menggantikan seksyen 2. Selepas membentangkan usul, Hadi meminta ia dibahaskan dalam sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

Kuasa ke atas penganut Islam
RUU itu dibentang untuk dibahaskan bagi membolehkan Mahkamah Syariah  mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri, di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengekukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (2) supaya usul RUU Pertahanan Awam yang diletakkan dalam aturan urusan mesyuarat kedua persidangan semalam.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul Azalina untuk membolehkan Hadi membentangkannya berlandaskan peraturan mesyuarat 14 (2) yang memperuntukkan Majlis Mesyuarat dengan dikeluarkan usul [oleh seorang menteri]. Namun beberapa Ahli Parlimen Pembangkang membantah usul Azalina dan mahu Pandikar Amin tidak membenarkannya kerana RUU Mahkamah Syariah terletak di aturan mesyuarat ke-15. Antara yang lantang membantah adalah Anthony Loke [DAP Seremban], Teresa Kok [DAP Seputeh], Chong Chieng Jen [DAP Bandar Kuching], Khalid Abdul Samad [PAN Shah Alam] dan Michael Jeyakumar Devaraj [DAP Sungai Siput].

Ketika ditemui pemberita kemudian, Hadi berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul RUU Persendirian untuk meluluskan RUU Mahkamah Syariah [bidang kuasa jenayah] pindaan 2016 dibentangkan.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul ini dibuat" katanya.

Beliau berkata, usul persendirian yang dibawa PAS sebanyak 4 kali sejak 1995 itu akhirnya diterima untuk dibentangkan. Mengulas lanjut, Hadi berkata usul memperkasa Mahkamah Syariah itu hanya membabitkan orang Islam dan tidak berkait dengan orang bukan Islam.


DAP bantah pindaan, tak ikut perlembagaan
DAP kekal dengan pendirian tidak bersetuju dengan pembentangan RUU persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah [Bidang kuasa jenayah] pindaan 2016 yang diusulkan oleh PAS. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menyifatkan ia tidak selari dengan perlembagaan persekutuan dan tidak wajar dibentangkan. Katanya, walaupun undang-undang itu dikatakan hanya untuk orang Islam, namun negara tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza untuk untuk rakyatnya iaitu untuk orang Islam dan bukan Islam.

"Pendirian kami dalam hal ini jelas, DAP tidak bersetuju dengan sebarang pindaan undang-undang yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan. Saya juga ingin tegaskan bahawa kami bukan anti-Islam atau anti undang-undang Syariah, tetapi hanya mahu mempertahankan prinsip yang tertera dalam Perlembagaan." katanya.

Pendirian komponen BN
Guan Eng juga ingin mengetahui pendirian komponen parti Barian Nasional [BN] seperti GERAKAN dan MCA berhubung isu itu. Katanya, mereka sebelum ini pernah berkata mahu keluar BN jika RUU persendirian itu dibentangkan di parlimen.

"Kini ia sudah dibentangkan, jadi bilakah mereka akan letakkan jawatan dan keluar daripada BN?" katanya.

Beliau juga meminta PKR menyatakan sendiri pendirian berhubung isu itu dan enggan menjawab bagi pihak parti GERAKAN.


Pendapat dari Presiden Persatuan Peguam Syarie [PGSM]
Semalam mungkin menjadi satu sejarah baharu kepada negara apabila Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah [bidang kuasa jenayah] 1965 atau Akta 355 diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat. Dari segi Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat, RUU hanya akan dibahaskan setelah semua RUU kerajaan, selesai. Kelulusan ini bermaksud bahawa Bacaan Pertama RUU persendirian ini akan berada dalam senarai teratas untuk dibahaskan dalam sesi Sidang Dewan Rakyat akan datang. Pindaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen pembangkang ini bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap kesalahan jenayah syariah, daripada hukuman sedia ada iaitu denda tidak melebihi tidak RM 5k / 3 tahun penjara / 6 kali sebatan / kombinasi mana-mana hukuman itu.

Akta Mahkamah Syariah [Bidang kuasa jenayah] 1965 pindaan 1984 / lebih dikenali sebagai Akta 355 telah menghadkan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan undang-undang berkaitan jenayah syariah dan Mahkamah Syariah hanya dibenarkan menghukum dengan hukuman disebutkan sahaja. Akta 355 adalah undang-undang yang diluluskan parlimen dan berkuat kuasa  di seluruh negara. Apa-apa pindaan Akta 355  perlu mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen. Jika ada Dewan Undangan Negeri [DUN] meluluskan undang-undang berlawanan akta itu, maka undang-undang itu akan menjadi ultra vires dan terbatal setakat mana yang berlawanan. Ini termaktub dalam Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat dan umat Islam, kepemimpinan Perdana Menteri wajar mengadakan transformasi undang-undang jenayah syariah di negara ini, dengan meminda Akta 355 bagi memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap penjenayah syariah. Suatu perkembangan yang baik apabila suatu RUU persendirian yang diusulkan oleh pihak pembangkang mendapat kerjasama yang baik daripada pihak kerajaan. Perkembangan inilah yang dinanti-nantikan oleh masyarakat apabila wakil rakyat yang dipilih dapat bekerjasama dalam mengutamakan perkara untuk kepentingan masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini. Masyarakat terutama bukan Islam, tidak perlu berasa gusar atau khuatir sekiranya pindaan Akta 355 ini dibahaskan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat kerana ia sama sekali tidak menggugat masyarakat bukan Islam. Pindaan hanya akan membabitkan Mahkamah Syariah yang akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam sahaja dan dalam hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Tak sentuh peruntukan Kanun Keseksaan
Pindaan juga tidak menyentuh perkara / kesalahan yang berada dalam peruntukan Kanun. Pindaan ini juga bukan undang-undang hudud sebagaimana yang diuar-uarkan oleh setengah pihak kerana hanya sebahagian sahaja daripada hukuman hudud yang boleh dilaksanakan iaitu yang tidak membabitkan kematian.
Hukuman potong tangan / rejam masih tidak boleh dilaksanakan walaupun setelah pindaan diluluskan oleh Dewan Rakyat. Menjadi harapan rakyat keseluruhan agar pindaan yang dicadangkan ini dapat diluluskan dengan jayanya.


Pindaan Akta tingkat kuasa Mahkamah Syariah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan RUU Mahkamah Syariah [bidang kuasa jenayah] pindaan 2016 bukan mewujudkan undang-undang baharu , sebaliknya meningkatkan lagi kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah . Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan PAS mengemukakan usul meminda akta berkenaan untuk memperkasakan lagi undang-undang syariah di negara ini.

"Pindaan RUU ini meningkatkan lagi fungsi Mahkamah Syariah dan hanya terpakai kepada orang Islam" katanya mengulas pembentangan usul berkenaan oleh Preseiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di Dewan Rakyat, semalam.

Ketua penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata UMNO akan terus bekerjasama dengan PAS dalam perkara yang membawa kepentingan kepada orang Islam dan Melayu. Beliau ditemui di lobi Parlimen berkata, UMNO ingin membuktikan bahawa apabila membabitkan soal agama dan soal kepentingan kepada rakyat ia mampu ia mampu bekerjasama dengan sesiapa dan bukan soal kelompok kepartian.

"Dalam perkara yang kita lihat ada kepentingan kepada umat Islam, kita akan terus bekerjasana. Saya fikir tanggungjawab kita dalam politik juga kepada agama jadi dalam hal ini kita patut bekerjasama." katanya.

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas pula secara khusus mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan kerajaan kerana membenarkan usul persendirian ini dibawa. Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika bangun mempertikaikan kewajaran RUU persendirian untuk RUU Mahkamah Syariah itu dibentangkan lebih-lebih lagi ia diberi ruang dikemukakan walaupun berada aturan mesyuarat ke-15. Beliau juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, turut mengaitkan pembentangan RUU itu untuk meraih undi menjelang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Loke menyatakan tidak membenarkan usul itu dibentangkan jelas mempunyai agenda politik di pihak kerajaan serta satu tindakan yang pelik kerana aturan urusan mesyuarat ke-25 didahulukan  tanpa sebarang konsultasi daripada pihak pembangkang.


✿Done writing~ thanks for reading✿

Tanggungjawab + Hak kekeluargaan

Tanggungjawab dan hak kekeluargaan merupakan perkara terpenting dalam urusan rumah tangga suami dan isteri. Berikut merupakan pecahan antara tanggungjawab dan hak suami dan isteri.

1) Tanggungjawab + Hak suami
2) Tanggungjawab + Hak isteri
3) Tanggungjawab+ Hak anak

Tanggungjawab + Hak isteri, suami, anak
Tanggungjawab dan hak adalah perkara yang hampir sama tapi berbeza. Tanggungjawab ialah apa yang seseorang itu perlu lakukan kepada orang lain / orang yang di bawah tanggungjawabnya sedangkan hak ialah apa yang seseorang itu perlu dapat atau patut terima daripada seseorang yang lain itu.


1. TANGGUNGJAWAB+HAK SUAMI 

TANGGUNGJAWAB
a. Membayar mas kahwin
Merupakan tanggungjawab suami untuk memberikannya kepada isteri. Ia adalah pemberian yang wajib. Menurut seksyen 21 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan bahawa:

"Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki / wakilnya kepada pihak-pihak perempuan / wakilnya di hadapan orang yang mengakadkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya 2 orang saksi lain"


b. Memberi nafkah kepada isteri+anak
Suami berkewajipan memberi nafkah kepada isterinya. contoh;
-makanan/minuman
-tempat tinggal
-pakaian

Kewajipan itu adalah berdasarkan kepada kemampuan suami dan isteri perlulah menunaikan kewajipan itu dengan baik. Suami tidak perlu menunaikan permintaan isteri yang diluar kemampuannya tetapi sekiranya mampu menunaikannya adalah lebih baik. Berdasarkan lafaz takliq selepas akad nikah pasangan seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 21 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Kelantan;

"selepas daripada itu, isteri boleh memohon kepada mahkamah dan baru mahkamah akan membuat laporan kepada mahkamah, maka mahkamah tidak mempunyai kuasa"


c. Memberi perlindungan kepada isteri
Melindungi isteri dan keluarga sekiranya ditimpa bencana seperti menyediakan rumah yang dapat berlindung dari binatang buas, panas, hujan, ribut.

d.Bergaul baik dengan isteri dan keluarga
Memulakan percakapan yang lemah lembut, sopan santun dan tidak meninggikan suara dan membahasakan diri dengan cara yang baik seperti panggilan abang, sayang dan sebagainya. Suami mengetahui cara untuk mengawal kemarahan sekiranya terlalu marah kepada isteri dan mestilah menggunakan cara yang diajar oleh Rasulullah dengan menasihatinya, mengasingkan tempat tidur dan alternatif lain yang terakhir ialah rotan.

Penderaan rumah tangga yang berlaku di Malaysia melibatkan penderaan dari segi mental, fizikal dan emosi yang akan memberi kesan negatif kepada hubungan dalam perkahwinan. Seksyen 128 (1) Enak men Keluarga Islam Selangor memperuntukkan ;

"Seorang suami / isteri yang sengaja menganiayai / menipu harta mengikut mana yang berkenaan adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM 1000/ penjara tidak melebihi 6 bulan dan kedua-duanya"


e.Memberi pendidikan agama
Tanggungjawab suami dalam hal memberi didikan agama ialah seperti mengajar, mengaji, solat, puasa, dan sebagainya. Dosa akan ditanggung oleh suami sekiranya keseluruhan orang yang di bawah jagaannya melakukan maksiat tetapi suami tidak menegur atau mengambil peduli.


HAK
a. Ditaati oleh isteri
Setiap isteri perlu taat kepada suami selagi mana tidak bercanggah dengan hukum syarak. Isteri yang ingkar digelar isteri yang nusyuz. Isteri yang nusyuz mendapat kemurkaan Allah dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Seksyen 30 Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan bahawa;

"Seseorang perempuan yang sengaja tidak menurut perintah suaminya yang sah adalah melakukan kesalahandan hendaklah dihukum tidak melebihi RM 100 / kesalahan yang kedua tidak melebihi RM 300 pertama dan RM 500 seterusnya."


b. Mendapat layanan yang baik
Layanan yang baik kepada suami / isteri samada dari segi perbuatan, perkataan/percakapan ataupun dari segi komunikasi [perkongsian masalah]




2, TANGGUNGJAWAB + HAK ISTERI

TANGGUNGJAWAB
a. Menegur kesalahan suami

Suami yang melakukan kesalahan wajib ditegur oleh isteri seperti selalu lewat sembahyang / melakukan perkara yang ditegah Allah.

b. Menjaga harta suami
Tidak membenarkan orang lain masuk ke rumah tanpa kebenaran suami dan meminta izin untuk mengguna hartanya.

c. Memberi layanan yang baik kepada suami
Layanan yang baik samada dari segi perbuatan, perkataan / komunikasi [ perkongsian masalah], isteri perlu berada di samping suami di saat suami memerlukannya dari apa sahaja aspek seperti memenuhi keperluan nafsu batin suami, mendengar maslaah suami dan menjadi pendengar yang baik di saat suami berada dalam keadaan suka dan duka.


HAK
a. Mendapat mahar / mas kahwin
Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 memperuntukkan bahawa;

"Jika mas kahwin tidak dibayar, isteri boleh menuntutnya dan dia juga boleh menuntutnya apabila dia diceraikan"


b.  Dilayan dengan baik
Isteri harus dilayan dengan baik oleh suami kerana isteri di rumah bukanlah orang gaji tetapi dia adalah kawan yang baik untuk suami dan suami perlu bertimbang rasa terhadap isteri tanpa membebankan pelbagai perkara yang perlu dilakukannya.

c.Perlu mendapat nafkah zahir+batin
Isteri wajib menerima nafkah daripada suami dan boleh menuntutnya di Mahkamah Syariah jika suami mengabaikannya.



3. TANGGUNGJAWAB+HAK ANAK
Anak bertanggungjawab dalam menjaga kedua ibu bapa kerana ibu bapalah yang melahir dan membesarkannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersusah payah.

TANGGUNGJAWAB
Semasa ibu bapa masih hidup , anak-anak berbuat baik, patuh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kedua ibu bapa supaya hidup mereka sejahtera dan bersopan santun , bercakap lemah lembut apabila berkomunikasi dengan mereka. Anak-anak perlu mendoakan mereka jika mereka sudah meninggal dunia ,menyelesaikan hutang piutang serta mengqada'kan puasa yang ditinggalkan dan menziarahi kubur , kawan ibu bapa supaya ukhuwah itu berterusan selamanya.

HAK
Anak juga berhak dalam mendapatkan kasih sayang daripada kedua ibu bapa dan mendapat pendidikan seperti ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke sekolah, mengajar anak membaca Al-Quran serta tidak membezakan kasih sayang antara anak-anak mereka.


✿Done writing~ thanks for reading✿

Nasab + Kesahtarafan Anak

Kadangkala juga timbul masalah sepasang suami isteri yang pada asalnya mereka bersekedudukan dan melahirkan anak. Selepas itu mereka kahwin. Apabila berlaku penceraian, anak itu menjadi bahan rebutan. Persoalan yang timbul ialah siapakah yang berhak menajaga anak yang tak sah taraf itu?

Menurut seksyen 85 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menyatakan:

"Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu."


Ibu itu yang mengandung dan melahirkannya maka ia berhak menjaga dan menafkahkannya. Anak di luar nikah dianggap tidak mempunyai bapa. Oleh itu di luar bidang kuasa lelaki itu untuk membuat tuntutan. Kesahtarafan anak adalah berkait rapat dengan perkahwinan yang sah serta tempohnya untuk melahirkan seseorang anak. Dalam konteks ini seseorang anak yang dilahirkan perlu dinilai samada ianya Anak sah taraf / Anak tak sah taraf. Ini adalah kerana ia mempunyai kesan berbeza dari sudut keturunan, pergaulan dan hak serta kepentingannya.


Pengertian anak tak sah taraf / sah taraf
Anak tak sah taraf anak yang dilahirkan dan perhubungan yang tidak sah di sisi hukum syarak [luar nikah] samada akibat daripada zina atau rogol dan anak tersebut lahir kurang dari enam bulan Hijrah dari tarikh perkahwinan / seseorang anak yang dilahirkan selepas empat tahun pembubaran perkahwinan disebabkan kematian suami / penceraian dan ianya tidak berkahwin semula.

Manakala anak sah taraf adalah anak yang lahir melalui perkahwinan yang sah dan kelahirannya setelah enam bulan hijrah / lebih dari tarikh pernikahan / dilahirkan dalam tempoh empat tahun selepas penceraian dan ianya tidak berkahwin semula.


Siapakah boleh dikaitkan sebagai bapa
Menurut peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam [Negeri Selangor] 2003 memperuntukkan bahawa;

"Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang dengan lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah tarikh perkahwinannya itu / dalam masa 4 tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu / oleh sebab penceraian dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu tetapi lelaki itu boleh dengan cara li'an / kutukan menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah"


Kelahiran lebih 4 tahun selepas pembubaran perkahwinan

Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 menjelaskan bahawa jika anak itu dilahirkan lebih daripada 4 tahun qamariah selepas perkahwinan itu dibubarkan samada oleh sebab kematian lelaki itu / oleh sebab penceraian lelaki itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu adalah anak lelaki itu.


Kelahiran selepas pengakuan bahawa iddah telah tamat
Jika seorang perempuan yang tidak berkahwin semula membuat satu pengakuan bahawa tempoh iddahnya telah tamat, samada iddah itu adalah oleh sebab kematian / penceraian dan perempuan itu kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan kurang daripada 4 tahun qamariah dari tarikh perkahwinan itu dibubarkan oleh sebab kematian suaminya itu / oleh sebab penceraian.

Persetubuhan syubhah
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan dan kemudiannya perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah- 4 tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.

Syarat bagi pengakuan yang sah
Jika seseorang lelaki mengaku seorang yang lain samada dengan nyata/ dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika, syarat yang berikut dipenuhi;

a)Tiada seorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu.
b) Perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara mereka   sebagai bapa dan anak.
c) Jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui  tentang dia diakui sebagai anak.
d) Lelaki dan ibu itu anak mungkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan
e) Pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai anaknya, bahkan mengakui anak itu sebagai anak sah tarafnya.
f) Lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak.
g) Pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi kesahtarafan, atau;
h) Pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandungnya.


Implikasi dari sudut nasab + penamaan
Jika seseorang anak lahir dan ianya tidak sah taraf, maka anak tersebut tidak boleh dibinkan kepada bapa zina sebaliknya hendaklah dibinkan/dibintikan Abdullah / nama lain Asmaul Husna berpangkalkan Abdul. Anak tak sah taraf juga tidak boleh dibinkan kepada ibunya kerana boleh menimbulkan kesan psikologi kepada anak tersebut apabila anak tersebut dewasa.

Implikasi / kesan dari sudut pergaulan +hubungan
Dari segi perspektif Islam anak tak sah taraf bebas menjalin hubungan / aktiviti seperti apa yang dilakukan oleh kanak-kanak Islam yang sah tarafnya. Pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan ibunya hukumnya adalah sama dengan lelaki asing yang tiada kaitan dengannya kecuali jika tersebut menjadi suami ibunya maka hubungannya adalah seperti ayah tiri.

Perhubungan antara anak tak sah taraf dengan ibunya adalah sama dengan anak sah taraf yang lain. Begitu juga hubungan dengan anak-anak sebelah ibunya yang sah taraf, sama seperti hubungan kekeluargaan lain tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapa yang tidak sah kerana keluarga bapa bukan termasuk ahli keluarganya.

Implikasi dari sudut nafkah
Nafkah / saraan hidup anak tak sah taraf menjadi tenggungjawab ibunya bukan bapa yang tak sah. Ini adalah kerana anak tak sah taraf hanya dinisbahkan kepada ibunya serta keluarganya bukan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. (rujuk seksyen 68 Enakmen Keluarga Islam Kedah 1979)

Implikasi dari sudut penjagaan
Penjagaan anak tak sah taraf adalah sama seperti tanggungjawab di dalam memberi nafkah iaitu semata-mata kepada ibudan saudara mara sebelah ibu. Bapa yag tak sah langsung tiada hak ke atas anak tersebut melainkan melalui perintah undang-undang. [sek 73 Enakmen Keluarga Islam Kedah]

Implikasi dari sudut harta pusaka
Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan anak tersebut. Oleh yang demikian kedua-duanya saling boleh mewarisi pesaka antara satu sama lain. Sebaliknya seorang anak tak sah taraf tidak boleh mempusakai harta bapanya. Begitu juga bapa tidak boleh mewarisi harta anak tersebut kerana kedua-duanya telah terputus hubungan kekeluargaan.

Implikasi dari sudut kematian
Jika anak tak sah taraf tersebut meninggal dunia sebelum baligh maka agamanya berpandukan kepada agama ibunya. Jika ibunya Islam maka ianya hendaklah diuruskan secara Islam. Jika ibunya bukan beragama Islam maka anak tak sah taraf tersebut dihukum sebagai bukan Islam sekalipun yang menyetubuhi ibunya adalah seorang Islam.

Implikasi dari sudut amal kebajikan
Amal kebajikan anak tak sah taraf samada untuk diri sendiri / untuk masyarakat [fardhu ain/ fardhu kifayah] adalah sama kaedahnya dengan anak sah taraf yang lain. Seorang anak tak sah taraf sebenarnya seorang yang suci dan bersih dari sebarang dosa ibu bapanya.



✿Done writing~ thanks for reading✿

Thursday, May 26, 2016

Engkau tidak pernah sunyi

Stress? Rasa tiada siapa bersama-sama? Tekanan belajar ataupun kerja bertimbun dan merasakan diri sudah sampai ke penghujung? Akhirnya semua itu membuatkan diri rasa tersepit dan terhimpit? Rasa sunyi?

Ketahuilah bahawa kita tidak keseorangan. Sesungguhnya, kita tidak akan pernah sunyi. Mari kita lihat kehidupan yang lebih besar daripada kita ini. Sesungguhnya Allah menemani.

Melihat alam yang luas
Mari kita lihat pokok-pokok yang berada di dalam hutan. Yang tidak disiram ataupun dibaja oleh manusia. Bukanlah mereka itu hidup mekar dan tumbuh melata?
Mari kita lihat pula ikan-ikan di laut yang tidak diberi makan, jauh sekali dijaga oleh manusia. Bukan mereka itu hidup segar dan aktif sentiasa?
Mari kita lihat pula semut-semut yang tidak diternak ataupun disuap oleh manusia. Bukankah tiada antara mereka itu tidak mampu bergerak dan meneruskan kehidupan?
Mri kita kembali ke laut dan mellihat seekor haiwan bernama Paus. Saiznya yang besar pastinya memerlukan makanan yang banyak. Tetapi, apakah manusia menyediakan? Tidak. Namun, ikan paus tidak pernah mati kebuluran di tengah laut sekiranya ekosistemnya tidak terganggu.

Kita lihat ke awan, berkepul-kepul gebu putihnya. Mengapa ia tidak jatuh? Adakah manusia yang menjaganya?  Dan kita kembali kepada diri ketika kita masih berada di dalam rahim ibu. Siapakah yang memberikan kita makan dan minum di dalam perut ibu? Apakah seorang ibu mampu menukarkan makanan yang dimakannya kepada khasiat-khasiat khas untuk bayi? Tidak. Jadi siapakah yang menjaga kita pada ketika itu? Itu dia Allah s.w.t.

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu), "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Ataupun siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah mengeluarkan makhluk yang hidup daripada benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati daripada makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?" (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu), maka mereka yang musyrik tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata, 
"Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "Jikalau kamu mengakui yang demikian, maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?"  [Surah Yunus, ayat 31]

Allah yang menjaga semua itu. Dia wujud di sisi kita sentiasa. 
Allah yang memberikan rezeki yang menjaga  dan mengawal semua itu tadi, berada di sisi kita sentiasa.

"Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." [Surah Al-Baqarah, ayat 214]


"Sesungguhnya Aku amat dekat." [Surah Qaf, ayat 16]



"Dan sesungguhnya Kami mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya sedang pengetahuan Kami lebih dekat  kepadanya daripada urat lehernya."  [Surah Qaf. ayat 16]



Tidakkah kita berasa selamat dan tenteram apabila mengetahui hal ini?

Cuma persoalannya, apakah kita berhubungan dengan-Nya?


Punca tekanan dan kesunyian yang sebenar
Dunia ini akan hancur. Harta akan habis. Anak dan isteri akan membesar dan tua. Juga mustahil untuk mereka memberikan masa 24 jam penuh kepada kita. Rakan-rakan juga datang dan pergi dan masing-masing ada urusan. Sekiranya kita meletakkan pergantungan utama pada perkara yang fana ini semestinya kita akan menghadapi tekanan dan berasa sunyi. Kita akan diserang rasa takut. Takut kehilangan.


Itulah masalah kita sebenar. Tidak mempunyai hubungan dengan Allah . Tidak bergantung dengan Dia , yang sebenarnya adalah solusi kepada permasalahan kita. Kita tidak taat kepada-Nya, kita melanggar perintah-Nya. Ketiadaan hubungan dengan Allah adalah punca permaslahan kita.


Penutup
Sesungguhnya rezeki itu ada. Bagi yang berusaha dan taat sesungguhnya bahagia itu ada. Bagi yang mendekati-Nya dan merapat.

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah , Allah akan memberikannya jalan keluar Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." [Surah At-Talaq, ayat 2-3]


Dan (Tuhan berkata lagi), "Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi." [Surah Al-A'raf, ayat 96]

✿Done writing~ thanks for reading✿

Monday, May 23, 2016

Prosedur rujuk

Rujuk dari segi bahasa bererti kembali. Manakala dari segi syarak pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu iddah yang bukan talaq ba'in. Rujuk adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu iddah isteri. 


Dalil
Firman Allah yang bermaksud: 

"Dan suami-suami mereka lebih berhak untuk mengambil kembali [rujuk] akan isteri-isteri di dalam masa iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian"
(Surah Al-Baqarah, 2:228)

Rukun
i. Sighah: lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan)
ii. Murtajik : suami yang mempunyai syarat-syarat tertentu
iii. Isteri: perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah. 

Syarat 
1. Suami
-seorang yang berakal
-baligh
-rela/kehendak sendiri tidak dipaksa
-tidak murtad

2. Isteri
-sudah dicampuri
-mestilah diceraikan dengan talak raji'e. Bukan daripada fasakh, khuluk dan talak tiga.
-hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya. 

3. Tidak dihadkan kepada sesuatu masa dan waktu. Tidak sah rujuk dalam masa yang tertentu sahaja. 

4. Tidak bergantung kepada sesuatu syarat. Rujuk disyariatkan adalah bertujuan untuk membolehkan pasangan yang telah bercerai dengan talaq rajie meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih dalam iddah tetapi perlu diingat bahawa rujuk hendaklah dengan tujuan untuk berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan sebagainya.


Prosedur   
Jika selepas penceraian yang boleh dirujukkan (dalam iddah rajie) dan rujuk telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal perujukkan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah berkenaan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh perujukkan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan.

Bagi pihak yang ingin memohon rujuk atas persetujuan bersama semasa di dalam iddah rajie, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki. Setiap rujuk yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syariah berkaitan sebelum rujuk dijalankan. 

Apabila Pendaftar berpuas hati bahawa rujuk tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syarak, baharulah pendaftaran atau permohonan rujuk diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes penceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.  Pendaftaran atau permohonan rujuk hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar dan setiap rujuk yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar. 

Pemohon yang telah didaftarkan rujuk mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Rujuk (borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Rujuk. Butir-butir perujukkan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar dalam Buku Daftar Rujuk (borang 2E). Mana-mana pihak yang tidak mendaftar persedudukan semula itu adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak lebih RM 500 / penjara tidak melebihi 6 bulan. 

Jika penceraian itu tidak didaftarkan oleh pendaftar bagi qriah tadi, dia hendaklah merekodkan dalam surat-surat perakuan cerai nombor siri dan butir-butir surat perakuan rujuk itu dan menghantar surat-surat perakuan cerai itu kepada pendaftar yang telah mengeluarkannya.

✿Done writing~ thanks for reading✿

Rumah bujang beriman

"Mengapa rumah kotor sangat? berbau pula."
"Alaa, biasa la. Rumah bujang."


Itu antara yang kita biasa dengar.


"Eh, tidak kemas rumah ke? serabut betul."
"Ingat rumah akhawat ke nak lawa-lawa?"


Satu lagi ayat yang biasa dilepaskan. Ya, sinonim dengan begini;

Rumah bujang = serabut/tunggang langgang/berterabur/1001 lagi gaya


Tidak semua rumah tetapi sebilangannya begitu. Dirasakan tidak penting menjaga kekemasan rumah. Pinggan dibiarkan bertimbun, sampah dibiarkan sampai terkeluar, tandas kotor, rumah dibiarkan bersepah, punya bau tidak enak. Alasannya adalah rumah bujang. Ini satu perkara yang saya kira saya dan mereka yang seangkatan perlu ubah. Hal ini kerana, kita mahu menjadi bujang yang beriman. Bukan calang-calang bujang yang ada di dunia ini.


Kebersihan itu tuntutan
Menjaga kebersihan adalah tuntutan Islam. Kebersihan rohani, mahupun zahiri. Allah itu cantik dan sukakan pula kecantikan. Rasulullah ada menyatakan :
 "Allah itu cantik, dan Allah itu sukakan kecantikan."
                                   [Hadis direkod oleh At-Timizi dan Muslim]


Kita pula adalah hamba kepada Rabb yang Maha Teratur dan Suci. Kita menyatakan bahawa kehidupan adalah ibadah kepadaNya.


"Tidak sesekali Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (kepadaKu)"
                                                    Surah Az-Zariyat, ayat 56


Maka, apakah pantas kita beribadah dalam keadaan kotor? Rumah adalah medan ibadah sebenarnya. Mihrab untuk mereka yang faham bahawa 24 jam kehidupan itu adalah ibadah. Belajar ibadah, berhubungan dengan rakan-rakan itu ibadah, hatta bermain games juga ibadah jikalau kena masa dan keperluannya. Apakah pantas tempat ibadah kita bersepah-sepah? Tambahan apabila tetamu datang secara mengejut ataupun rakan lain datang menjenguk, melihat rumah kita tunggang langgang, reaksi mereka kepada kita pastinya jatuh ke tahap yang rendah.


Lebih-lebih lagi jikalau kita sebelum ini adalah pelajar agama ataupun orang yang mengikuti usrah.


Kekotoran mengurangkan sensitiviti
Kotor. Kita tengok perkataan itu pun kita dapat merasai aura kejijikannya. Saya ceritakan satu kisah benar. Dahulu saya tinggal di asrama. Asrama saya itu asrama baru yang cantik. Namun sikap ahli asramanya yang tidak endah, lantas tidak menjaga kebersihan. Sampai ke satu tahap asrama itu menjadi busuk. Namun masih tiada siapa membersihkan keadaan. Suatu waktu, bau busuk itu sudah hilang dari hidung saya.

Sampailah tiba seorang senior dari asrama lain datang berziarah. Mukanya keruh sambil berkata:
"Eh, mengapa asrama antum ini busuk sangat?"
"Apa yang busuknya? Tidak bau pun." Saya membalas dengan perasaan terkejut.
"Ya Allah, antum sudah lama sangat duduk dalam keadaan kotor ini sampai sudah tidak boleh bau busuk" katanya.

Ketika itu saya sedar betapa suasana kotor itu merasuk jiwa saya mengurangkan sensitiviti ahli asrama saya sehingga bau busuk pun sudah dianggap sebagai bau yang biasa. Begitulah dengan rumah bujang. Kekotoran sehari-hari akan melemahkan ketajaman jiwa kita. Hati akan menjadi kurang sensitif dengan keadaan sekeliling dan kurang pula sensitif dengan kerosakan ummat yang berlaku. Hal ini kerana jiwa sudah tumpul. Kekotoran adalah biasa. Kebersihan pula menjadi luar dari biasa.

Imej Islam
Sebenarnya tiada istilah rumah bujang dalam Islam. Yang ada ialah istilah rumah orang beriman. Maka, kita sepatutnya berusaha menggerakkan rumah-rumah kita ke arah itu. Bagaimanakah keadaan rumah mereka yang beriman kepada Allah? semestinya bersih dan teratur. Hal ini kerana mereka yakin bahawa Allah melihat mereka selama 24 jam, tujuh hari seminggu.

Imej Islam juga tertanggung di pundak kita. Rumah mencerminkan kehidupan seharian kita. Walaupun kita bukan orang yang selekeh, bukan orang yang tidak menepati masa, bukan orang yang berperangai buruk, apabila ada orang melihat keadaan rumah yang tunggang-langgang imej kita automatik tercalar. Lebih buruk lagi, imej Islam juga terpalit dengan kekotoran kita.

"Eh, ini ke rumah orang Islam?"
Bayangkan.

Persediaan menjadi ketua keluarga
Penting bagi orang bujang merasai kepentingan mengemas rumahnya, menjadikan rumahnya bersih dan teratur kerana dia akan menjadi ketua kepada keluarga. Satu konsep yang perlu sebagai orang lelaki kena ubah adalah;

"Kerja rumah adalah kerja perempuan" 


Ini satu kesilapan dalam kehidupan seorang mukmin. Inilah yang terjadi, dalam kebanyakan keluarga harini. Suami tidak mengendahkan perihal kebersihan rumah, kekemasan rumah dan menyerahkan segala-galanya kepada isteri. Jikalau orang bujang tidak belajar mendidik diri dari saat bujangnya [saat mendapat bilik di universiti, rumah sewa ketika masa belajar] dan mendidik dirinya berdisiplin dalam menjaga kebersihan luaran dan dalaman, maka ketika berumah tangga dia akan terbawa-bawa kehidupan bujangnya.


Isteri zaman hari ini, ramai yang bekerja. Bayangkan sudah berpenat bergadang dengan masalah di tempat kerja, balik rumah perlu pula mengemas, memasak dan sebagainya. Lebih menyakitkan hati, suami kerjanya membuat sepah sahaja. Pakai barang tidak letak balik, apabila bersepah sekadar biarkan. Agak-agak bagaimana kehidupan suami isteri yang begini?

Ini satu kepincangan. Hendak mencegahnya, orang bujang perlu mulakan latihan dari waktu bujangnya agar dia mampu menjadi suami yang baik dan tidak menyusahkan. Suami yang penyayang dan menyenangkan. Baru isteri bahagia, anak-anak juga ceria. Jikalau hendak cemerlang dalam peperiksaan, kita perlukan persediaan yang rapi. Saya tidak nampak pula mengapa hendak membina rumah tangga yang Allah redha, tidak perlukan persediaan.

Wahai lelaki, isteri kamu itu juga manusia. Maka orang bujang apa lagi? belajarlah mengemas rumah menjaga kekemasan dan menjadikan rumah kamu rumah yang teratur. Bukankah kita ini bujang yang beriman?


 Penutup


Sebenarnya amat penting perkara ini. Selain mempunyai kaitan dengan ibadah, ketajaman hati ia juga adalah perkara yang akan bawa ke masa hadapan. Ya, jikalau kita boleh buat tidak tahu sahaja dengan kekotoran rumah yang kita duduk, bagaimana agaknya kita hendak rasa sensitif dengan keadaan masyarakat? mungkin jangan kata masyarakat, keluarga kita nanti pun tidak kisah. Jadi saya tidak nampak tajuk ini enteng sebab saya tidak rasa lelaki bujang perlu hidup dengan akta kebujangan. Kita sepatutnya hidup dengan peraturan Allah. Hal ini kerana kita mengejar keredhaan Allah dalam kehidupan kita. Allah sukakan kebersihan, kecantikan. Rasulullah juga tidak pernah dilaporkan sebagai seorang yang tidak terurus dan kotor. Apakah ada sebab yang lebih baik daripada itu untuk kita bergerak menjaga kebersihan? Orang bujang. Sudah tiba masanya memanifestasikan keimanan. 

✿Done writing~ thanks for reading✿

Berdikari

coretan/nukilan dari Hilal Asyraf

Berdikari. Saya selalu mendengar bahawa usul-usul perkataan ini adalah berdiri di atas kaki sendiri. Kebenarannya, saya pun tidak tahu. Tetapi , apa yang saya tahu berdikari membawa maksud mampu berusaha sendiri dan tidak mengharapkan orang lain. Dari kecil satu perkara yang  saya sasarkan kepada diri saya adalah berdikari. 

Tetapi, satu perkara yang saya silap. Pada suatu masa dahulu saya mendefiniskan berdikari sebagai tidak perlu langsung pada mak dan ayah. Mungkin sebahagian definisi itu betul. Tetapi saya ini terarah kepada sebahagian yang tidak betul. Mungkin ada yang berkata, mana salahnya dengan definisi itu? 

Ah, mungkin saya yang salah.

Apabila saya faham tidak bergantung pada mak ayah
Ada banyak peristiwa dalam kehidupan yang menyebabkan saya betul-betul berusaha untuk berdikari. Tetapi saya kira, cerita-cerita itu hanya terbenam dalam diri saya dan tidak akan saya ceritakan kepada umum. Berdikari yang saya maksudkan ialah memutuskan pergantungan daripada ibu bapa saya. Jadi, apabila saya faham berdikari adalah begitu, dan berazam pula untuk ke arah itu, maka saya membentuk satu kekerasan dalam diri. 

Saya menjadi orang yang tidak pernah mengadu kepada Mak dan Ayah. Agak teruk sedikit di mana saya menjadi orang yang tidak berkongsi cerita dengan Mak dan Ayah. Saya banyak membesar di dalam bilik sekiranya tiada hal dan kebanyakan masa saya habis dengan pelbagai aktiviti di luar rumah. Tidak banyak masa duduk-duduk bersama Mak dan Ayah, bersembang itu dan ini. 

Saya masih ingat ketika tamat sahaja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya terus menyibukkan diri dengan mengendalikan pelbagai program remaja. Saya kira masa lapang saya di rumah ketika itu hanya seminggu dua. Tamat sahaja program-program itu say terus bekerja di Sekolah Rendah Agama Ghufran (SRAG), Simpang Renggam dan agak jarang pulang ke rumah. 

Tamat pekerjaan saya di SRAG, saya terus menyambung pengajian kembali ke Perlis. Kemudian selepas satu tahun setengah, saya terus terbang ke Jordan. Ditambah pula dengan dari tingkatan 1 tinggal di asrama , saya memang boleh hidup tanpa Mak dan Ayah. Tidak pernah mengadu akan markah yang teruk. Hanya mahu menunjukkan kepada mereka sisi cemerlang saya. Saya tidak kaan bercerita melainkan apa-apa yang baik sahaja yang berlaku kepada saya. Itu pun lebih kepada untuk menunjukkan bahawa , "Hilal sudah mampu berdikari. Tengok, Hilal mampu buat semua ini tanpa bantuan mak dan ayah"

Sampai satu tahap saya pernah berkata kepada Mak dan Ayah saya,
                         " Apa-apa yang Mak dan Ayah beri pada Hilal, duit yuran sekolah, bil elektrik, air, sewa rumah dan semua duit belanja yang pernah diberikan semua itu Hilal anggap sebagai hutang. Nanti sudah besar, Hilal bayar semula."


Saya nampak itu adalah berdikari. Saya bersungguh-sungguh mencapai semua itu. Sebab itu saya sentiasa belajar untuk mencari duit sendiri. Saya tidak pernah meminta Mak dan Ayah membelikan saya itu dan ini. Saya akan beli dengan duit saya sendiri, yang saya kumpul, yang saya dapatkan dengan usaha saya sendiri. Sebab itu saya sangat gembira apabila Allah memberikan saya peluang kepada saya menjadi seorang penulis. Saya terasa seperti benar-benar sudah berdikari. 

Tinggal, saya banyak kali sahaja gagal membeli semua barang dengan duit sendiri, apabila Mak melarangnya. Mak juga mahu membayar. Saya pernah merasakan itu mencalarkan maruah saya sebagai orang yang hendak berdikari. Itulah saya sedikit masa yang lalu. 

Kesannya pada saya
Kesannya, saya kehilangan satu perkara yang berharga iaitu kehangatan kasih sayang mak dan ayah. Mak dan ayah begitu menyayangi saya, sebagaimana mereka menyayangi anak-anak yang lain. Tetapi disebabkan kefahaman berdikari saya tadi saya kurang mampu merasainya. Ini adalah kekurangan yang menakutkan. Ibu bapa sebenarnya adalah sesuatu yang besar dalam kehidupan. Kasih sayang mereka adalah energi memandangkan redha mereka redha Allah, selagi mereka tidak redha kepada perkara yang dimurkaiNya. Maka kehilangan mereka daripada jiwa kita, hakikatnya satu kekosongan besar yang patut diraihnya semula. 

Walaupun kita mampu mencapai satu tahap yang tinggi tanpa merasai kehangatan kasih sayang ibu bapa, saya percaya kita sepatutnya mampu mencapai tahap yang jauh lebih tinggi sekiranya kita merasainya.

Saya menyedarinya ketika jatuh sakit
Saya menyedari hal ini ketika saya jatuh sakit teruk pada hujung tahun 2010. Saya tidak pernah sakit seperti itu. Sakit itu daripada segi zahirnya nampak seperti demam teruk. Tubuh saya panas. Ditambah dengan musim sejuk sakit itu terasa seperti menghancurkan tubuh saya. Tetapi apa yang lebih pada sakit itu adalah satu perasaan takut datang. saya tidak pernah ada rasa takut yang sebegitu. Sukar saya hendak ceritakan bagaimana takut yang saya maksudkan ini. Tetapi perasaan itu yang menjengah hingga saya merasakan bahawa saya hampir mati.

Pada ketika ini saya teringatkan mak dan ayah. Secara tidak langsung kehidupan remaja saya hingga menengah dewasa terimbas. Baru saya perasan, dari remaja hingga dewasa masa saya terlalu sedikit dengan kedua-dua orang tua saya. Ditambah dengan sikap saya yang memahami berdikari sebagai tidak bergantung pada ibu bapa, saya merasakan mak dan ayah selama ini sudah kehilangan seorang anak.

Saya terfikir ketika saya sakit itu, jikalau mati sekarang bagaimana? Jikalau terjadi apa-apa pada mak dan ayah sebelum sempat balik Malaysia, bagaimana? Ada beberapa peristiwa lagi semasa cuti saya di Malaysia yang menambah perasaan itu. Akhirnya, ketika itulah saya melihat kehilangan saya di mana saya melihat kesilapan saya dalam memahami maksud berdikari. Akhirnya buat pertama kali saya menangis apabila menelefon mak. Ajaibnya saya tidak pula rasa malu. Bahkan saya berasa lega merendahkan diri kepada mak pada ketika itu. Saya berasa lega mengadu kekurangan itu, kekurangan ini. Saya lemah dalam hal itu, susah mahu buat yang ini. Setakat ini, tiada kelegaan yang dapat menewaskan kelegaan itu. 


Penutup; Ibu bapa tiada ganti
Maka sebenarnya definisi berdikari tidak bergantung pada ibu bapa itu adalah satu kesilapan. Saya melihat mahu tidak mahu kita sepatutnya bergantung pada ibu bapa kita tetapi bukanlah meletakkan semua tanggungjawab di atas pundak mereka tanpa kita sendiri melatih diri bertanggungjawab. Kita sendiri perlu belajar mencari duit, perlu belajar menguatkan diri agar tidak menyusahkan mereka. Tetapi kita jangan buang terus ibu bapa dari kehidupan kita. 

Mengadu akan kekurangan kita kepada ibu bapa bukan satu pengurangan kepada berdikari. Duduk dengan mereka dan membiarkan mereka memanjai kita, membayarkan untuk kita bukanlah satu kekurangan kepada berdikari. Banyak meluangkan masa dengan mereka bukanlah satu pengurangan kepada berdikari. Hakikatnya, ibu bapa ini suka apabila kita memerlukan mereka. Hati ini juga akan tenang apabila kita meletakkan diri kita dalam jagaan mereka sebab selain ibu bapa kita tiada yang akan mampu memberikan perasaan yang sama. 

Sekiranya kita menjaga hubungan dengan kedua ibu bapa, nescaya Allah memberikan kekuatan yang tidak terhingga kepada kita. Ketenangan dan kebahagiaan yang sebelum ini kita tidak pernah rasa. 
Saya yakin, sebab saya pernah melaluinya.


✿Done writing~ thanks for reading✿